Jam 11:40 malam tadi bendahari sudah mengeluarkan cek bayaran kepada kontraktor sebanyak RM9,000.
Baki semasa di lejer bendahari adalah RM81,553.30
bayar kepada kontraktor RM9,000
Baki terkini dalam lejer adalah RM 75,553.30
Setelah melihat sebutharga untuk sampai ke tahap bumbung siap, sebanyak RM77,000 lagi diperlukan. Memandangkan baki terkini di lejer berjumlah RM 75,553.30 , wang yang masih tidak cukup adalah sebanyak Rm 1,446.70.
Namun demikian terdapat kontra dalam baki semasa di bank dan di lejer bendahari. Didapati dalam bank ada lebihan sebanyak lebihkurang RM9,000. Mengambil kira jumlah baki dalam lejer adalah RM75,553.30 dan kontra RM9,000 di bank, barangkali jumlah baki terkini yang sebenarnya sehingga ke tarikh hari ini adalah sebanyak RM 84,553.30
Jika jumlah ini betul, baki terkini RM84,553.30 campur dengan RM40,000 peruntukan yang sudah diluluskan Lembaga Zakat Selangor adalah Rm124,553.30
Melihat sebutharga, penulis blog melihat tambahan Rm2000 lagi membolehkan fasa kerja-kerja mengecat bangunan luar dan dalam disiapkan.
Untuk fasa pembinaan seterusnya wang dana akan habis. Jika dana habis pembinaan terpaksa dihentikan.
Jadi bagi memastikan pembinaan surau ini tidak terhenti ditengah jalan keranan dana tidak cukup, AJK amat berharap supaya penduduk yang masih belum membuat sumbangan supaya segera bertindak. Kepada penderma daripada luar komuniti ini pula, AJK mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan tuan/puan semua.
Lihat sebutharga di sini untuk melihat bayaran yang perlu dibuat bagi setiap fasa yang berjaya disiapkan kontraktor.
Apa-apa pun pada penghujung bulan Februari ini bendahari akan mendapatkan penyata bank daripada EON Bank untuk melihat baki terkini dana surau yang terkumpul.
No comments:
Post a Comment