AJK sudah menghantar surat kepada pemaju iaitu Metro Group untuk mendapatkan bantuan bahan binaan seperti jubin lantai, simen, batu dan pasir.
Mengikut seorang pekerja Metro yang menjadi orang perantara dengan AJK nampaknya ada tindakan positif.
Sekiranya dapat, pembinaan surau as-Syakirin akan menjadi lebih mudah lagi.
AJK pembinaan surau As-Syakirin dan seluruh penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih amat menghargai sumbangan tersebut dan mengucapkan jutaan terima kasih atas tanggungjawab sosial yang diberikan pemaju kepada penduduk di komuniti ini.
No comments:
Post a Comment