Baki dana yang perlu dikumpulkan seterusnya adalah RM40,000 atau mungkin kurang daripada jumlah ini. Jumlah sebenar hanya dapat diketahui setelah penyata bank berakhir 30 Februari 2010 ini sampai ke tangan bendahari.
Jadi kepada penderma budiman yang sudi menghulurkan bantuan, segeralah tuan/puan bertindak jika ingin turut terlibat dalam pembinaan surau As-Syakirin ini.
Penglibatan kita dalam merealisaikan pembinaan surau ini bukan hanya diperolehi oleh AJK, kontraktor dan pekerja binaan itu sahaja .
Semua penderma adalah terlibat dengan pembinaannya. Jika tiada sumbangan wang daripada penderma maka surau ini tidak akan berjaya dibangunkan.
Sebelum ini penulis blog sudah memaklumkan, alangkah bangganya kita apabila surau ini sudah siap nanti. Pasti kita sungguh gembira kerana pembinaannya menjadi kenyataan dan dalam hati kecil kita akan berkata ..
" Saya adalah salah seorang penyumbang kepada pembinaan Surau As-Syakirin ini . Jadi secara tidak langsung saya juga terlibat dalam pembinaannya"
Selepas surau ini siap, ia pula akan digunakan berkurun lamanya. Selepas kita tiada, ia akan digunakan oleh anak cucu kita, waris-waris kita dan generasi seterusnya.
No comments:
Post a Comment