Thursday, February 11, 2010

RM40,000 lagi yang AJK perlu cari

Baki dana pembinaan surau As-Syakirin yang perlu dicari adalah berjumlah RM40,000. Sehingga hari ini jumlah dana terkumpul hanya boleh membayar kontraktor sehingga peringkat pembinaan bumbung. Selepas bumbung siap, bangunan surau sudah siap 70% dan AJK telah boleh menuntut peruntukan sebanyak RM40,000 yang sudah diluluskan Lembaga Zakat Selangor.

Jika selepas itu tiada lagi dana, AJK akan mengarahkan kontraktor supaya membeehentikan kerja kerana AJK tiada dana untuk membiayai kos pembinaan seterusnya.

Sehubungan itu kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan, mohon apalah kiranya tuan/puan segera menunjukkan komitmen dan berkorban sedikit wang ringgit bagi memastikan dana seterusnya mencukupi supaya pembinaan surau as-Syakirin dapat disiapkan sepenuhnya.

Kepada penderma daripada luar komuniti kami pula, tidaklah dapat kami membalas sumbangan yang pihak tuan/puan lakukan. Hanya doa daripada kami sahajalah iaitu AJK pembinaan moga-moga dimurahkan rezeki tuan/puan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment