Tuesday, February 9, 2010

Derma hari ini

1. Rohaya bt Baharudin -RM100
2. Hj Raja Othman b Raja Hussein -RM50
3. Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris - RM232
4. Staf Universiti Pertahanan Nasional Malaysia -RM160

Kepada semua penderma di atas, AJK Pembinaan Surau As-Syakirin mengucapkan ribuan terima kasih.

Kerja kontraktor hari ini.

Pekerja masih memasukkan tanah ke dalam kotak pembahagi ground beam secara manual menggunakan kereta sorong.

Balik dari bekerja petang tadi penulis blog singgah melihat kemajuan kerja. Mengikut pekerja besok backhoe atau mesin case akan datang. Menggunakan tenaga manusia lambat siap. Selain itu kontraktor turut akan membeli tanah sebanyak 2 lori kerana tanah untuk menambak bagi meninggikan paras lantai surau sedia ada tidak cukup.

AJK akan melihat kemajuan kerja pada hari esok...

No comments:

Post a Comment