Hari ini pekerja cuti. Tiada seorangpun pekerja kelihatan di tapak pembinaan surau. Barangkali menyambung cuti mauldir rasul atau tiada kerja yang perlu dilakukan.
Petang semalam hujan sangat lebat dikuti guruh dan petir sabung menyabung. Barangkali juga simen yang baru dimasukkan pada hari Khamis sebelumnya belum cukup kuat. Jadi frame tiang masih belum boleh dibuka.
Di tapak surau kelihatan tong besi berwarna oren tempat membuang sisa binaan. Rasanya diletakkan pagi Jumaat.
DERMA YANG DITERIMA HARI INI
1. Mohd Zul Azmi b Ibrahim -RM100
2. Mohd Hanafiah b Othma -RM120
3. Eddy Shahrani b Mohd -RM150
Tengahari tadi penulis blog baru sahaja mengedarkan penyata kewangan terkini khas untuk penduduk-penduduk fasa 7B. Penulis blog mencetak penyata penerimaan sebanyak 100 helai. Namun apabla diedar habis kesemuanya dan masih tidak cukup. Hanya dapat edar pada jalan TPS 4/4 dan 4/3. Olehkerana tidak cukup di jalan TPS 4/3 terpaksalah penulis blog meletakkan ke dalam perti surat rumah penduduk yang sudah diduduki sahaja.
Sebaik penulis blog habis menaip entry ini, penulis blog akan pergi ke pekan semenyih lagi untuk memfotostat 100 helai lagi dan petang nanti, penulis blog akan edarkan baki bagi rumah yang masih belum mendapat penyata tersebut.
Untuk makluman penduduk, penyata sumbangan penduduk ini akan diedarkan dari masa ke semasa. Namun tidaklah dapat setiap bulan kerana untuk menyediakannya bendahri ada kekangan masa. Jadi jika nama penduduk yang sudah menderma tidak tersenarai, sila berjumpa dengan bendahari untuk dibuat semakan. Jika ada kesilapan ia boleh diperbetulkan.
BAKI DALAM LEJER PADA HARI INI = RM76,300.30 sen
BAKI DI BANK TIDAK DAPAT DIPASTIKAN...kena tunggu penyata bank terkini..
Penulis blog menganggarkan bilangan pemilik /penduduk di fasa 7B seramai 300. Mengambil kira 90% adalah melayu ini bermakna 270 buah rumah terdiri daripada penduduk muslim.
Jika 270 menyumbang RM100 setiap orang, maka derma terkumpul adalah sebanyak RM27,000 . Tetapi jika ada penduduk dapat menderma dalam kuantiti lebih besar contohnya RM500, RM1000, RM2000 atau RM3,000, baki dana yang diperlukan sebanyak RM40,000 lagi akan cepat mencapai sasaran.
Namun penulis blog turut melihat, penduduk-penduduk di fasa 6 dan 7A sendiri masih ramai lagi yang belum membuat sumbangan.
Seperti entry penulis blog sebelum ini, kos pembinaan surau lazimnya dibiayai daripada sumbangan orang ramai. Ini berbeza dengan masjid kerana ia dibiayai dengan dana kerajaan dan dibina oleh JKR.
Jika tiada orang yang sudi untuk menderma, usaha untuk membangunkan sebuah surau milik masyakarat di satu-satu komuniti pasti menempuh jalan kesukaran.
No comments:
Post a Comment