Monday, February 15, 2010

400 orang perlu menderma Rm100

Setelah dibuat pengiraan kita memerlukan 400 orang yang memberi sumbangan Rm100 bagi mencukupkan dana sebanyak RM40,000.

400 orang adalah jumlah yang agak ramai. Mustahil akan ada 400 orang penderma yang akan berbuat demikian.

Namun pada fikiran penulis blog. Ada lebihkurang 200 penduduk lagi yang masih belum menunjukkan komitmen mereka. Kita tidak tahu pendirian mereka. Hendak menderma kah atau tidak. Atau mereka lansung tidak mahu terlibat dengan pembinaannya ,juga tidaklah penulis blog tahu.

Namun jumlah Rm40,000 ini mudah dicapai jika ada penderma yang sudi memeberi sumbangan dalam jumlah yang besar. Beberapa penduduk penulis blog lihat telah menyumbang antara 500 hingga Rm3000. Jika ramai penduduk yang memberi sumbangan dalam jumlah sebegini, pasti baki dana yang perlu dikumpul iaitu RM40,000 akan dapat dicapai dalam tempoh yang singkat.

Kepada penderma daripada luar komuniti kami pula, AJK mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan tuan/puan semua. Kami AJK pembinaan Surau As-Syakirin berasa terharu dengan komitmen tuan/puan membantu kami merealisasikan pembinaan surau As-Syakirin.

1 comment:

  1. Alhamdulilah kutipan sudah hampir mencukupi.. insyaAllah Saya dan Isteri(26,TPS 4/6) saya akan tambah lagi derma di Akauan EON Surau As-Syakirin dalam Minggu ini. Terima Kasih. Akan dimaklumkan kepada pihak Tuan.

    ReplyDelete