Untuk makluman penduduk dan juga penderma, kontraktor yang membina surau ini turut memberikan sumbangan dalam pembinaannya.
Sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk memberikan sebutharga yang tidak tinggi. Untuk satu kaki persegi kontraktor cuma mengenakan caj RM78.60.
Saiz surau ini berkeluasan 50 X 50 kaki persegi iaitu berjumlah 2500 kaki persegi. 2500 kaki persegi didarab dengan RM78.60 adalah berjumlah RM196,500 iaitu harga kos binaan surau.
Mengikut kontraktor, mereka tidak membuat untung untuk membina surau ini. Cukup untuk menyara keperluan anak isteri sudah memadai.
Penulis blog turut terharu dengan kesanggupan kontraktor membina surau ini dengan tidak mengenakan kos pembinaan yang tinggi.
Sehubungan itu kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan, tuan/puan lihatlah sendiri betapa keprihatinan kontraktor dan juga penderma-penderma daripada luar komuniti kita berkorban bagi memastikan pembinaan surau as-Syakirin menjadi kenyataan.
(Klik di sini untuk melihat pengorbanan penderma daripada luar komuniti kita)
Turut memberikan sokongan pembinaan ini adalah Lembaga Zakat Selangor yang telah meluluskan peruntukan berjumlah Rm40,000 dengan syarat AJK memastikan pembinaan telah mencapai status siap 70% baru tuntutan boleh dibuat.
Yang terkini, pemaju pula sudah memberikan respon positif terhadap permohonan AJK untuk mendapatkan bantuan bahan binaan seperti jubin, simen, batu dan pasir.
Amat tidak patut kita sendiri sebagai penduduk di sini yang akan menggunakan surau itu setiap hari dan selama-lamanya selagi kita menetap di sini dan selagi hayat kita masih ada tidak berbuat apa-apa. Kita tidak mahu terlibat dengan usaha pembinaannya.
Marilah kita hidup bermuafakat. Orang tua-tua kata atau pepatah menyebut muafakat membawa berkat. Semoga kita dapat hidup di komuniti ini dalam suasana yang aman dan harmoni selamanya.
No comments:
Post a Comment