Wednesday, February 17, 2010

Hendak menderma?


Biar betul mesin ATM macam ni...



Cara paling mudah kreditkan sahaja sumbangan tuan/puan menggunakan mesin deposit tunai EON Bank. Mesin ini dibuka pada malam hari. Di Semenyih kedudukannya berada di Semenyih Sentral. Dekat Restoran Ibrahim Maju. Sebelah pasaraya SAKAN dan sebelah kedai aksesori kereta.

Sudah berada di mesin deposit tersebut,
1. Tekan sebarang kekunci untuk aktifkan mesin
2. Pilih bahasa - bahasa melayu atau inggeris
3. Pilih akaun semasa / akaun simpanan
4. Masukkan nombor akaun 0675-11-000223-3
5. Jika betul nama SURAU AS-SYAKIRIN akan dipapar pada skrin
6. Kemudian mesin slot wang masuk terbuka
7. Masukkan jumlah sumbangan contohnya Rm100
8. Slot wang masuk ditutup dan mesin mula mengira wang
9. Jika jumlah betul tekan kekunci betul
10. Mesin akan mencetak resit deposit
11. Ambil slip deposit yang sudah dicetak
12. Hantar kepada bendahari atau pengerusi di alamat no 40 Jln TPS 4/5 Taman PElangi Semenyih untuk tujuan pengeluaran resit rasmi sumbangan.

No comments:

Post a Comment