Monday, February 8, 2010

Progress payment

Kerja selepas ini adalah menurap simen konkrit lantai bangunan

Mengikut sebutharga AJK akan membayar RM9000 sebaik sahaja lantai konkrit siap.

Selepas itu kontraktor akan memasang tiang konkrit pula

Siap semua tiang konkrit AJK akan membayar RM14,000 lagi kepada kontraktor.

Dalam mesyuarat AJK sudah membuat keputusan bahawa pembayaran hanya dilakukan sebaik sahaja konktraktor menyiapkan fasa pembinaan yang berkenaan. Senang cerita kaedahnya buat dulu, siap baru bayar.

Sebelum ini AJK menggunakan kaedah bayar dulu baru bina. Sebagai tanda komitmen AJK kepada kontraktor, AJK membayar RM8500 dalam keadaan tiada sebarang kerja dibuat lagi. Sebaik barang sudah mula dihantar dan lubang footing dikorek, AJK membayar lagi RM9500 dan apabila konkrit footing dan stam siap AJK membayar lagi sebanyak RM15,000 menjadikan jumlah bayaran kesemuanya kepada kontaktor adalah RM33,000.

Sehubungan itu AJK berharap agar pihak kontarktor dapat membina surau ini mengikut jadual. AJK ingin mengejar Ramadhan 2010 ini agar surau As-Syakirin siap dan sudah boleh digunakan.

Oleh kerana AJK perlu mencari dana lebihkurang RM40,000 lagi bagi membiayai kos pembinaan keseluruhan bangunan, bantaun, derma serta sumbangan daripada penduduk, orang ramai, tokoh-tokoh korporat, pengarah-pengarah jabatan serta syarikat selain individu yang berminat untuk menjadi penyumbang atau mewakafkan wang ringgit mereka bagi menjayakan pembinaan surau As-Syakirin ini, kami AJK Pembinaan Surau As-Syakirin amat menghargainya.

Untuk menyumbang cara paling mudah adalah terus kreditkan sahaja sumbangan ke akaun SURAU AS-SYAKIRIN di EON Bank dengan nombor akaunnya ialah 0675-11-000223-3 . Mesin deposit cek atau tunai EON Bank dibuka sehingga jam 12:00 tengahmalam sekiranya penderma tiada masa untuk pergi disiang hari. Yang mempunyai akaun perbankan internet pula, boleh melakukan pemindahan wang secara atas talian.

AJK juga merayu jika ada penderma ingin memilih menggunakan wang pos atau kiriman wang pos, Bendahari tidak menggalakkan sangat kerana prosedur untuk menunaikan wang pos tersebut agak menyusahkan. Ini kerana bendahari perlu menulis surat kuasa, cop, mendapatkan tandatangan 3 penama yang terdiri dariapda pengerusi, setiausaha dan bendahari sendiri selain pergi ke pejabat pos untuk menunaikannya dan seterusnya memasukkan ke bank pula.

Jika tiada halangan pos sahaja wang tunai jika kuantitinya sedikit. Setakat ini wang derma menggunakan wang pos lazimnya adalah dalam kuantiti yang kecil iaitu sekitar RM30 hingga RM50 sahaja. Atau kuantiti yang kecil jika menggunakan cek juga mudah kerana ia boleh dideposit menggunakan mesin deposit cek EON Bank.

Satu kaedah lagi adalah menggunakan bank deraf sebagai ganti cek. Tetapi setakat ini bendahari tidak pernah menerima sumbangan dalam bentuk bank deraf. Tidak pasti pula sama ada bank deraf boleh dimasukkan ke dalam akaun surau menggunakan mesin deposit cek atau boleh dimasukkan melalui kaunter EON Bank. Wang pos tidak boleh.

No comments:

Post a Comment