Sunday, February 14, 2010

Bumbung siap, bekalan elektrik akan dimasukkan

Setakat ini dana terkumpul telah membolehkan pembinaan surau sampai ke tahap memasang bumbung. Sebaik sahaja bumbung siap AJK akan cuba memohon kepada TNB untuk mendapatkan bekalan elektrik 3 fasa. AJK tidak akan menunggu surau siap untuk memohon bekalan elektrik.

Jika bumbung siap, pembinaan berstatus 70% dan AJK sudah boleh memohon bantuan peruntukan daripada Lembaga Zakat berjumlah RM40,000.

Namun AJK masih kekurangan dana sebanyak RM40,000 lagi bagi membiayai kos menyiapkan keseluruhan bangunan surau.

Sehubungan itu kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan mohon tuan/puan segera bertindak. Oleh kerana bendahari ada data penduduk-penduduk yang sudah dan belum membuat sumbangan, bendahari mendapati masih ramai lagi penduduk belum mengambil tindakan.

Jika semua penduduk memberikan komitmen sumbangan, pasti baki RM40,000 lagi akan dapat dikumpul.

No comments:

Post a Comment