Ditakdirkan surau ini siap dan sudah boleh digunakan pada Ramadhan tahun ini, kita akan mengajurkan solat Tarawikh. Biasanya bagi memeriahkan suasana Ramadhan ada jamuan moreh selepas tarawikh. Ini adalah adat turun temurun masyarakat Islam di negara ini. Tidak buat pun tidak mengapa. Cuma kalau buat nampaklah kemeriahan sedikit dalam bulan Ramadhan. Selain kita mengejar pahala dalam bulan Ramadhan tidak salah untuk meraikan sedikit kemeriahannya.
Lazimnya sesetengah tempat meminta penduduk di sesuatu jalan atau lorong-lorong dalam komuniti berpakat bersama-sama menghantar juadah ke surau.
Kali ini surau as-Syakirin tidak akan melakukan kaedah ini. Apa yang kita akan buat adalah penduduk digalakkan secara sukarela membawa juadah sendiri daripada rumah. Tidak perlu susah-susah. Beli sahaja juadah daripada pasar Ramadhan dan hantar sahaja ke surau. Banyak atau sedikit kita rasai bersama.
Tahlil arwah juga akan dilaksanakan tetapi tidak perlu memberikan sumbangan sperti menjadi kelaziman di mana-mana masjid atau surau.
Pada Ramadhan nanti, kita akan memberi fokus mencukupkan dana untuk membina kelengkapan surau yang lain. Bilik wuduq, tandas, bilik mandi jenazah masih belum ada. Kita perlu mencari dana yang baru untuk membiayai kos pembinaannya.
No comments:
Post a Comment