Besi Y12 untuk rangka tiang konkrit sudah siap dianyam
Selepas tanah batu pula diletakkan
Batu untuk ditambak bahagian atas tanah masih belum siap sepenuhnya. Barangkali besok siap. Mengikut pekerja kerja selepas ini adalah memampatkan tanah dengan mesin pemampat.
Hari Sabtu baru akan diturap simen ready mix.
Mengikut kata kontraktor sememangnya kerja menyediakan tapak sehingga ground beam adalah kerja yang cerewet. Kerja ini agak memakan masa.
Menaikkan tiang agak cepat. Kontraktor sudah memberi jaminan, kerja selepas ini akan laju. Memang itulah yang diharapkan oleh AJK.
No comments:
Post a Comment