Pagi tadi bendahari telah pergi ke EON Bank Semenyih Sentral untuk memasukkan wang sumbangan orang ramai.
Kebetulan ada kesempatan ke bank, bendahari telah meminta petugas kaunter bank untuk mencetak penyata kewangan. Ini kerana bendahari tidak menerima penyata bank berakhir 31 Dis 2009 yang lalu. Kebetulan 31 Jan 2010 juga sudah berakhir, bendahari turut meminta penyata bank bagi bulan itu.
Petugas bank memaklumkan pelanggan kena bayar RM5 untuk mendapatkan salinan penyata bank. Oleh kerana 2 bulan maka kenalah bendahari membayar RM10. Tetapi mereka cuma debit daripada akaun sahaja.
Pada penyata bank yang bendahari dapat hari ini tercatat jumlah baki terakhir pada 31 Jan 2010 adalah sebanyak RM80,180.69.
Ini bermaksud RM80,180.69 + RM33,000 = RM113, 180.69
RM33,000 bayaran yang sudah dibuat kepada kontraktor.
RM113,180.69 adalah jumlah dana yang berjaya dikumpul AJK.
RM119,000 pula adalah jumlah sehingga bumbung siap. Ini bermakna kita memerlukan sebanyak ( RM119,000-RM113,180.69) RM 5819.31 sahaja lagi bagi memastikan bumbung dapat disiapkan.
Bumbung sudah siap, AJK telah boleh memohon bantuan peruntukan RM40,000 yang sudah diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor.
No comments:
Post a Comment