Hari ini bendahari menerima RM450 sumbangan derma daripada penduduk. Wang itu sudahpun dibank in jam 8:00 malam tadi di EON Bank Semenyih Sentral.
2 orang daripadanya terus mendeposit ke mesin ATM EON Bank
1 orang melakukan pemindahan wang melalui transaksi perbankan internet
1 orang memberi tunai
Jika penduduk atau penderma memilih kaedah terus bank in atau melakukan transaksi perbankan internet mudahlah sedikit kerja bendahari. Bendahari tidak perlu pergi ke bank.
Sehingga hari ini rasanya sudah banyak kali bendahari pergi ke bank mendeposit wang sumbangan penderma. Rasa-rasa sudah lebih daripada 200 kali bendahari ke sana. Nasib baik ada mesin deposit tunai, bolehlah bendahari pergi pada malam-malam hari kerana pada waktu siang tidak sempat.
No comments:
Post a Comment