Sunday, February 14, 2010

Foto terkini


Ini foto terkini pembinaan surau. Acuan groundbeam ini sebenarnya sudah ditanggalkan. Tanah sudah dimasukkan semula ke dalam kotak-kotak pembahagi groundbeam itu.

Kerja selepas ini adalah membuat lantai simen konkrit. Siap , AJK akan membayar RM9000 kepada kontraktor.

Siap lantai, frame tiang pula dibina. Siap tiang pula AJK akan membayar lagi RM14,000.

Tapi oleh kerana kedua-dua kerja ini masih belum siap, tidaklah dapat AJK membuat bayaran kepada kontraktor.

Sebenarnya bendahari sudah tidak sabar-sabar lagi untuk membuat proses pembayaran. Nak bayar kerja pulak belum siap..

No comments:

Post a Comment