Untuk makluman penduduk, sekiranya mendeposit terus sumbangan ke akaun surau As-Syakirin, bendahari memohon jasa baik supaya slip deposit tunai, salinan imbasan cek atau cetakan transaksi perbankan internet dihantar kepada AJK atau terus kepada bendahari untuk direkodkan ke dalam lejer dan untuk tujuan pengeluaran resit rasmi.
Resit rasmi tidak dapat dikeluarkan jika bendahari tidak menerima bukti sumbangan.
Makluman sumbangan melalui SMS serta email tanpa menunjukkan bukti sumbangan juga tidak akan direkodkan oleh bendahari.
Ini bermakna sekiranya penduduk sudah menyumbang tetapi kerana slip masuk atau sebarang bukti sumbangan tidak diterima bendahari, penduduk akan dikira masih belum membuat sumbangan.
Harap maklum. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment