Saturday, February 20, 2010

Sebutharga pembinaan kelengkapan Surau dibuka sekarang

Setakat ini pelan binaan kelengkapan surau meliputi bilik wuduk lelaki, bilik wuduq wanita, tandas lelaki dan tandas wanita serta bilik mandi jenazah sudah ada. Namun kelengkapan ini tidak dibina dalam fasa pertama pembinaan surau as-Syakirin. Sebaik surau as-Syakirin siap dan sudah boleh digunakan, AJK akan bergerak untuk pembinaan fasa dua pula. Tindakan adalah bebentuk mencari dana untuk pembinaan kelengkapan surau tersebut.

Apabila surau As-Syakirin mula digunakan pada Ramadhan 2010 ini, fokus tindakan AJK dalam bulan Ramadhan tersebut adalah mencari dana untuk membina kelengkapan surau pula.

AJK amat pasti jika surau ini sudah siap dan telah mula digunakan, pencarian dana seterusnya menjadi lebih mudah.

Berikutan itu AJK ingin memaklumkan kepada kontraktor bumiputra yang berminat, syarikat tuan/puan adalah dipelawa untuk memberikan sebutharga pembinaan kelengkapan surau meliputi pembinaan bilik wuduq lelaki dan wanita, tandas lelaki dan wanita serta kelengkapan bilik mandi jenazah.

Namun begitu Pelan Binaan kelengkapan tersebut tidak dapat dipaparkan di sini kerana ia masih dalam saiz yang besar. Iaitu saiz A1. Pelan tersebut perlu dikecilkan kepada saiz A3 terlebih dahulu untuk diberi kepada kontraktor yang ingin memasuki sebutharga. Untuk tujuan dimasukkan dalam blog, pelan itu perlu ditukar ke saiz A4 dahulu.

No comments:

Post a Comment