Monday, February 1, 2010

Sila pastikan surau dapat digunakan Ramadhan 2010 ini

Penulis blog berharap supaya pihak kontraktor dapat memastikan supaya surau ini dapat digunakan pada Ramadhan ini.

Apa yang perlu dipastikan siap supaya surau ini dapat diguna?

1. Bumbung sudah ada
2. Lantai sudah disimen rata
3. Dinding sudah diplaster
4. Wiring siap
5. Bekalan elektrik sudah dimasukkan.
6. Unit DB /ELCB , lampu dan kipas sudah dipasang

Sekiranyanya semua tahap pembinaan di atas siap, sepertinya surau as-Syakirin sudah boleh digunakan. Penduduk pula boleh membawa sejadah daripada rumah masing-masing atau wakafkan sahaja seorang sehelai.

Dalam masa yang sama kontraktor boleh terus menyiapkan bahagian-bahagian lain dalam fasa kedua kerana ia boleh disiapkan dalam keadaan surau telah boleh digunakan.

Fasa kedua pembinaan iaitu:
1. Kerja membina anjung depan, sisi kiri, kanan dan belakang serta tangga
2. Mengecat bangunan luar dan dalam
3. Memasang arch dan aksesori bangunan
4. Memasang pintu , tingkap
5. Memasang apron dan longkang

Namun harapan penulis blog, moga-moga semua di atas dapat disiapkan sebelum Ramadhan 2010 ini.

No comments:

Post a Comment