Saturday, February 13, 2010

Projek pembinaan paling berisiko untuk rugi

Seorang rakan penulis blog yang juga seorang kontrator memaklumkan projek pembinaan adalah antara satu projek yang berisiko untuk rugi. Jika tidak rugi boleh jadi mendapat keuntungan rendah.

Bagaimana boleh rugi?

Katanya lagi, faktor pekerja memainkan peranan besar yang menyebabkan kerugian. Lazimnya projek pembinaan akan membayar upah secara harian kepada pekerja. Kadangkala kerja yang sepatutnya siap dalam tempoh seminggu menjadi dua minggu. Dalam hal ini upah untuk tempoh seminggu telah menjadi dua minggu pula.

Sebagai contoh seorang pekerja dibayar RM50 sehari. Selama seminggu dengan 5 hari bekerja, pekerja akan menerima upah RM250. Jika kerja yang sepatutnya siap seminggu menjadi dua minggu, pengurus projek terpaksa membayar RM500 untuk kerja dalam tempoh masa yang sama.

Oleh sebab itu pengurus projek perlu melantik penyelia projek bagi memastikan tempoh pembinaan berada dalam kawalan untuk mengelak kerugian. Penyelia pula perlu berfungsi. Tugas penyelia memastikan projek berjalan lancar. Memastikan pekerja berkerja dalam tempoh masa yang sepatutnya. Memastikan barang binaan tidak habis untuk mengelakkan kerja terhenti.

Contoh yang lain adalah apabila berlaku kehabisan bekalan bahan binaan, pekerja akan berhenti daripada membuat kerja. Hendak meneruskan kerja tiada barang. Maka pekerja akan berehatlah sepanjang hari tersebut. Pekerja akan bekerja daripada jam 8:30 hingga 5:00 petang. Jika pekerja sudah berhenti bekerja pada jam 12:00 , pengurus projek perlu juga membayar RM50 sebagai upah kepada pekerja. Bukan salah pekerja mereka tidak bekerja sehingga jam 5:00 petang kerana barang binaan habis atau barangkali kerana tiada penyeliaan daripada penyelia projek.

Selain itu kebajikan pekerja juga harus dijaga. Makan dan minum selain upah dibayar mengikut jadual memastikan projek turut berjalan lancar. Pekerja akan memprotes jika kebajikan mereka tidak diambil kira. Sebagai balasan , mereka akan melengah-lengahkan pula kerja. Mereka akan berehat lagi ditapak projek sehinggalah kebajikan mereka diselesaikan.

Satu faktor lagi bagaimana kontartor boleh rugi adalah kerana membeli bahan binaan secara kredit. Membeli harga tunai dan kredit adalah berbeza daripada segi harga bahan binaan tersebut. Jika berhutang sudah pasti harga bahan binaan akan lebih tinggi daripada membeli tunai.

Bagimana boleh membeli secara kredit? Bukankah pengurus projek menerima bayaran daripada pelanggan?

Dalam hal ini pengurusan kewangan syarikat memainkan peranan penting. Sepatutnya pengurus perlu mempunyai dana kewangan dalam akaun syarikat yang tidak boleh diusik. Contohnya dalam akaun syarikat mesti ada jumlah tertentu katakan RM50,000 yang tidak boleh diusik yang dinamakan simpanan keselamatan. Jika digunakan wang ini , jumlahnya perlu digantikan semula dengan cepat. Ini dapat memberi jaminan pengurus tidak membeli bahan binaan secara kredit.

Selain itu harga bahan binaan juga boleh menyebabkan kerugian. Harga bahan binaan tidak boleh dijangka. Harga bahan binaan boleh naik tiba-tiba. Namun harga bahan binaan juga boleh turun semula. Sebagai kontraktor harga bahan binaan perlu diambil kira. Lambat membeli bahan binaan dalam keadaan harganya masih rendah mendatangkan risiko kerugian juga.

Membuat secara manual dengan membuat menggunakan jentera juga perlu diambil kira. Katakan untuk satu kerja apabila menggunakan tenaga buruh seramai 5 orang akan mengambil masa 5 hari untuk siap. Upah 5 pekerja selama 5 hari adalah RM1250 dengan andaian sehari adalah RM50 bagi upah untuk seorang pekerja.

Namun kerja yang sama dengan menggunakan jentera yang boleh disiapkan dalam tempoh sehari dengan kadar sewaan jentera RM400 sehari mendatangkan keuntungan kepada pemilik syarikat.

Contohnya di surau ini. Untuk memasukkan semula tanah ke dalam kotak-kotak groundbeam itu jika menggunakan backhoe atau jentera case memerlukan masa sehari sahaja. Tetapi jika menggunakan tenaga pekerja, pekerja menggunakan cangkul dan sekop dan mengangkut dengan kereta sorong akan mengambil masa 5 hari untuk siap. Bukankah ini satu tindakan yang merugikan?

Tetapi keadaan ini menguntungkan pekerja kerana mereka ada kerja. Jika jentera ambil alih kuranglah kerja mereka. Kurang kerja tiadalah upah lebih. Guna jentera syarikat akan untung kerana tidak perlu mengupah pekerja dalam tempoh masa yang lama.

Jika begini tidaklah tahu penulis blog hendak berkata apa-apa...

No comments:

Post a Comment