Sunday, February 7, 2010

Foto terkini pembinaan surau


Foto adalah status terkini pembinaan surau As-Syakirin. Simen sudah dituang ke dalam semua acuan ground beam. Hari ini Ahad pekerja kontraktor cuti. Mungkin besok semua acuan kayu ini akan ditanggalkan. Kemudian kotak-kotak pembahagi simen konkrit itu akan dimasukkan tanah semula. Pasir dan batu turut dimasukkan supaya asas lantai menjadi kuat.

Selepas kerja ini siap, acuan untuk tiang konkrit pula akan mula dibina

No comments:

Post a Comment