Wednesday, February 3, 2010

Kerja hari ini Rabu 3 Feb 2009

Masih memasang frame ground beam. Ikut kontraktor esok simen akan dimasukkan ke dalam acuan itu tetapi lalu di situ balik dari kerja petang tadi penulis blog melihat pemasangan frame ground beam masih belum siap.

Derma diterima hari ini jam 8:00 malam daripada tn Hj Halim :

1. NorHafizah bt Mohd Jais -RM500
2. Rahmat b. Zakaria -RM100

Jumlah RM600

Jam 8:30 malam berikutnya bendahari ke EON Bank Semenyih untuk mendeposit wang derma tersebut.

RM80,180.69 + RM650 + RM600 = RM81,430.69 baki semasa di bank pada hari ini.

JUMLAH DANA SEMASA TERKUMPUL

Telah bayar pada kontraktor RM33,000
Baki di bank RM81,430.69
Peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor Rm40,000

Jumlah dana terkumpul = RM154,430.69

HARGA KOS BINAAN SURAU = RM196,500

Baki tidak cukup dan perlu dicari : Rm196,500 - RM154,430.69=RM42,069.31 lagi yang perlu dicari untuk menampung kos keseluruhan pembinaan surau.

UNTUK SAMPAI KE PERINGKAT BUMBUNG RM119,000

DANA SEDIA ADA RM33,000 + RM81,430.69=RM114,430.69

BAKI PERLU DICARI UNTUK MEMBAYAR SEHINGGA BUMBUNG SIAP=RM4,569.31 LAGI

Bumbung sudah siap, AJK sudah boleh memohon bantuan peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor yang sudah lulus sebanyak RM40,000.

Sehubungan itu kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan dimohon supaya tuan/puan segera bertindak. Sasaran kita adalah Ramadhan ini Surau As-Syakirin akan siap dan sedia digunakan. Kita perlukan baki dana yang perlu dikumpul dengan kadar segera.

Kepada individu, tokoh korporat, pengarah urusan, pengarah jabatan atau sesiapa sahaja yang sudi untuk membantu kami, kami AJK Pembinaan Surau As-Syakirin amat mengalu-alukan dan kami turut mengucapkan jutaan terima kasih.

Moga-moga sumbangan yang pihak tuan berikan mendapat ganjaran daripada Tuhan Yang Memiliki Semua Sifat Kebesaran iaitu Tuhan Yang Esa, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

No comments:

Post a Comment