Jika kita melihat generasi atau orang tua-tua zaman dahulu kala, mereka suka mewakafkan tanah . Kebetulan pada waktu itu kebanyakan orang yang mewakafkan tanah mereka mempunyai saiz tanah yang luas. Mungkin 10 atau 20 ekar seorang. Yang pemurah akan mewakafkan tanah mereka dalam 2 atau 3 ekar sama ada untuk dijadikan tanah perkuburan atau untuk tujuan mendirikan surau atau masjid. Selain itu ada juga yang mewakafkan tanah mereka untuk didirikan rumah anak yatim atau rumah-rumah perlindungan atau rumah kebajikan.
Tetapi pada hari ini budaya mewakafkan tanah di kalangan penganut muslim atau lebih tepat orang melayu sudah jarang didapati. Mungkin salah satu sebabnya adalah rata-rata kita sudah tidak memiliki tanah yang luas lagi seperti keturunan kita terdahulu. Tanah yang luas sudah difaraidkan dan telah menjadi kecil dan tidak ekonomik lagi. . Selain itu berikutan tanah walaupun saiznya kecil, jika berada dilokasi strategik umpamanya dibandar-bandar besar, harganya akan melambung tinggi.
Pada hari ini wakaf didatangkan dalam bentuk baru. Lazimnya untuk membina surau, sekolah-sekolah agama malahan juga masjid banyak yang dibangunkan dengan sistem wakaf. Sistem wakaf cara baru ini menjual lot-lot tanah dalam saiz tertentu atau saiz binaan bangunan dalam kaki persegi untuk dibeli penderma dengan niat mewakafkan hartanya. Mewakaf tanah atau wang pada dasarnya adalah sama.
Sehubungan itu bagi penderma-penderma yang sudi untuk membantu kami AJK Pembinaan Surau As-Syakirin dalam merealisasikan pembinaan surau ini, tuan/puan boleh berniat mewakafkan sumbangan tuan/puan. Tiada had tertentu ditetapkan untuk tuan/puan membeli saham wakaf untuk pembinaan surau as-Syakirin ini.
Namun untuk memudahkan penderma yang ingin berniat wakaf, pengiraan dibawah boleh dijadikan panduan.
Saiz binaan surau as-Syakirin iaitu 50 kaki X 50 kaki persegi.
Saiz keseluruhan adalah = 2500 kaki persegi
Harga kos binaan surau adalah RM196,500 = RM78.60 sekaki persegi
Untuk memudahkan urusan katakan harga 1 kaki persegi adalah RM100
Jadi penderma boleh berniat wakaf dengan membeli saham wakaf mengikut jumlah kaki persegi yang diperlukan.
1 kaki persegi berharga RM100
2 kaki persegi berharga RM200
dan begitulah seterusnya.
No comments:
Post a Comment