Salah satu cara penulis blog mencari penderma adalah menghantar URL atau alamat laman blog Surau As-Syakirin melalui email. Nampaknya cara ini berkesan juga. Cara ini dibuktikan pada penyata bank akaun Surau As-Syakirin. Perbezaan baki dalam lejer dan di bank hampir RM10,000. Tidak penulis blog tahu siapa yang memberi sumbangan. Tiada bukti sumbangan diterima. Penulis blog fikir mungkin sesiapa yang terbaca blog ini secara tidak sengaja telah tertarik untuk turut menderma.
Sehubungan itu penulis blog ingin memohon bantuan penduduk atau sesiapa sahaja, tuan/puan boleh membantu AJK dengan menghantar URl blog surau kepada rakan-rakan sekerja, saudara mara atau sesiapa sahaja yang berpotensi untuk menjadi penderma.
Contohnya:
To : emailrakan@yahoo.com
Subject : Memohon sumbangan mengisi dana pembinaan surau As Syakirin
Text :
Untuk info lanjut layari http://assyakirin-tps.blogspot.com
Terima kasih
No comments:
Post a Comment