Monday, February 8, 2010

Kanak-kanak dilarang masuk

AJK merayu kepada ibubapa dan penjaga supaya dapat melarang anak-anak mereka daripada bermain di dalam kawasan pembinaan surau. Ini kerana kawasan pembinaan surau amat merbahaya kepada kanak-kanak kecil kerana mereka kurang kesedaran akan aspek keselamatan.

Pihak kontraktor tidak memasang pagar zink sekeliling kawasan pembinaan kerana ia akan melibatkan kos. Kos ini akan ditanggung melalui sebutharga bangunan.

Bagi menjimatkan kos AJK bersetuju supaya kontraktor hanya memasang pita keselamatan sebagai tanda kawasan pembinaan surau. Kanak-kanak dilarang masuk sama sekali ke dalam kawasan pembinaan untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku.

No comments:

Post a Comment