Baki terkini dalam lejer bertulis bendahari - RM75,938.30
Baki terkini ini adalah baki selepas AJK sudah membuat pembayaran kepada kontraktor sebanyak RM42,000.
Baki dalam bank ---tidak diketahui. Ini berikutan baki dalam bank adalah lebih tinggi berbanding baki pada lejer bendahari kerana ramai juga penderma terus mendeposit sumbangan ke dalam akaun SURAU AS-SYAKIRIN di EON BANK. ( No ac : 0675-11-000223-3 )
Bendahari lebih suka jika penderma terus mendeposit derma menggunakan mesin deposit tunai atau cek di EON Bank atau melakukan transasksi perbankan internet. Jadi kuranglah sikit kesibukan bendahari untuk pergi ke bank.
Tetapi jika tiada masa untuk ke bank seperti bendahari juga, tidak mengapalah ..hantarkan sahaja sumbangan dalam bentuk tunai atau cek itu ke rumah bendahari atau mana-mana AJK.
Alamat rumah pengerusi iaitu Tn Hj Raja Zazman adalah no 40 jln TPS 4/5 berhadapan dengan tapak pembinaan surau. Beliau memakai kereta Kelisa warna emas dan kereta Nissan Sunny warna silver. Jika kedua-dua kereta ini ada, ini bermaksud beliau ada di rumah. Selain itu pengerusi juga adalah seorang pesara UPM. Jadi mudahlah penderma untuk berjumpa dengan beliau.
Nak hantar sumbangan tunai atau cek terus kepada bendahari boleh juga. Kena telefon dulu 013-2937679 untuk temujanji. Sebaik menerima sumbangan, penderma jangan bimbang. walaupun resit tidak dikeluarkan serta merta, bendahari akan menulis resit tersebut sebaik sahaja penderma beredar. Ini untuk mengelakkan bendahari cuai dalam merekod atau terlupa. Resit pula bendahari akan terus hantar ke dalam peti surat rumah penduduk bila ada kelapangan. Tetapi rekod diblog akan terus dikemaskini. Jadi penderma boleh melihat sendiri sumbangan mereka sudah direkodkan.
3 rekod bukti penerimaan derma telah dibuat iaitu dalam lejer, resit dan dalam blog. Dari masa ke semasa penyata penerimaan sumbangan penduduk akan diedarkan untuk makluman penderma. Jika penduduk sudah menderma tetapi tidak direkodkan sila berjumpa dengan bendahari untuk dibuat semakan.
No comments:
Post a Comment