Friday, February 12, 2010

Derma hari ini

1. Penduduk-penduduk lorong TPS 4/9 RM405
2. Al Syukri b Abdullah- RM100
3. Kelab Staf SMK Seri Bedena Sg Besar Selangor -RM380
4. Norhashimi - RM100

Kerja hari ini : Masih masukkan tanah ke dalam kotak ground beam.

Hari ini juga genap 2 bulan pembinaan surau as-Syakirin dilaksanakan.

Pembinaan surau as-Syakirin dimulakan pada 12 Disember 2009 dan hari ini adalah 12 Februari 2010. AJK berharap kontraktor tidak lari daripada jadual mereka.

Sehingga hari ini AJK telah mengurus proses pembinaan surau ini dengan baik. Dana surau yang berjaya dikumpul telah melebihi RM100,000. Lembaga Zakat pula sudah meluluskan bantuan peruntukan RM40,000 dan kerja AJK seterusnya adalah mencari dana untuk membiayai kos menyiapkan surau berjumlah lebihkurang RM40,000 lagi.

Kejayaan memastikan pembinaan surau adalah terletak pada bahu kontraktor. Kontraktor gagal mengurus projek dengan baik maka akan terhentilah pembinaan surau ini atau pembinaannya akan lari daripada jadual asal iaitu sasaran AJK, Ramadhan ini surau as-Syakirin siap dan sedia digunakan.

No comments:

Post a Comment