Saturday, February 27, 2010

Menderma pembinaan surau adalah amal kebajikan

Siapa yang boleh menafikan menderma untuk membina sebuah surau suatu kerja sia-sia?

Siapa boleh menafikan menderma untuk membina sebuah surau tidak mendapat ganjaran kebaikan?

Siapa boleh menafikan menderma untuk membina sebuah surau mendatangkan keberkatan dan mampu membersih dan menyucikan harta kita ?

Siapa dapat menafikan menderma untuk membina sebuah surau sebanyak RM100 menyebabkan kita boleh jatuh bankrap, muflis atau tidak dapat membeli makanan dan keperluan lain?

Jangan kita bercakap soal pahala...manfaat sebuah surau kepada penduduk sesebuah komuniti sangat banyak. Surau boleh menjadi tempat penduduk berkumpul. Hadir ke surau berjemaah sekali-sekala membolehkan kita berjumpa ramai penduduk yang lain. Dapat berjumpa ia boleh mengeratkan silaturrahim sesama penduduk.

Ini adalah fakta, sejak fasa 6 dan fasa 7 dibuka sejak setahun lalu ramai penduduk masih tidak mengenali antara satu sama lain. Penduduk cuma dapat mengenali jiran tetangga terdekat sahaja. Satu taman ini, masih ramai yang tidak kenal. Kata orang tidak kenal maka tidak cinta. Kita masing-masing segan untuk bertegur sapa kerana hanya dapat berjumpa sekali dua semasa berselisih di mana-mana. Di surau ini, peluang berjumpa terbuka luas. Datang sahaja ke surau kita akan mendapat ramai kawan.

Apa pula guna kawan ?

Tak tahulah penulis blog jika ada pula penduduk yang tidak berminat untuk mempunyai kawan yang ramai..

No comments:

Post a Comment