Sunday, January 31, 2010

RM500 derma daripada seorang penduduk fasa 7B

Dalam lejer bendahari seorang penduduk di fasa 7B telah menyumbang RM500. Nama penduduk ini adalah En Zulkifli b Abdul Aziz. En Zulkifli telah menyumbang secara tunai RM500 kepada bendahari tetapi beliau tidak tahu pula nombor rumah dan nama jalan rumah beliau. En Zulkifli telah menderma semasa beliau melihat rumah ini semasa proses pembinaannya sedang dilaksanakan. Oleh kerana tiada nombor rumah dan nama jalan, bendahari tidak dapat mencatatnya mengikut nama jalan.

Sehubungan itu jika encik Zulkifli terbaca entry ini mohon hubungi bendahari supaya rekod dapat dikemaskini.

Ralat : Bendahari sudah semak lejer. Nombor rumah En. Zulkifli iaitu No 49. Tetapi nama jalannya tidak ada.

1 comment:

  1. ok.sudah kenalpasti. En zulkifli sudah menelefon penulis blog hari ini memaklumkan beliau sudah memberi sumbangan.

    Alamat no 49 jln TPS 4/3

    Update comment 21 Feb 2010

    ReplyDelete