AJK akan menganjurkan solat sunat Aidiladha di tapak surau As-Syakirin pada Hari Raya Haji ini nanti. Wah! begitu canggih. Tidak pernah dibuat orang solat aidiladha di padang. Di Indonesia atau negara Islam yang lain, solat di padang telah menjadi perkara biasa. Adakah AJK surau As-Syakirin akan memecah rekod. Mengikut kata guru agama, berdoa dengan tiada hijab akan termakbul. Bersolat di padang bermakna tiada hijap. Doa kita terus diangkat ke langit. Tetapi barangkali sukar dibuat kerana jika hujan, jemaah habis basah. Atau boleh juga pasang khemah.
Namun ini cuma cadangan penulis blog sahaja. Idea ini penulis blog akan maklumkan AJK yang lain. Jika mereka setuju, kita akan buat..
Penduduk akan membawa alas tikar serta sejadah sendiri. Semua penduduk diminta membawa semua ahli keluarga termasuk anak-anak yang masih kecil. Kita akan bersolat sewal jam 8:30 pagi untuk mengelak cuaca panas. AJK pula akan datang seawal jam 7:00 bagi melafazkan takbir.
Tiada upacara korban dilakukan...barangkali penduduk hanya perlu 'berkorban' dengan segera menyumbang mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin.
Jika hujan rancangan ini dibatalkan dan penduduk perlu segera ke masjid dan surau terdekat yang menganjurkan solat sunat aidiladha.
Jika jadi, beberapa peralatan perlu diadakan iaitu PA system, restrum, kerusi dan tongkat khatib. Tong-tong derma pembinaan surau As-Syakirin juga akan diedarkan pada hari itu. Penduduk digalakkan memakai baju melayu lengkap. Boleh jadi kita akan mengadakan jamuan, dengan semua penduduk sama-sama membawa juadah masing-masing. Pada pagi hari raya Aidiladha adalah sunat untuk menjamah makanan selepas solat sunat hari raya Aidiladha.
Seperti kata penulis blog, ini adalah satu idea sahaja. Ia tidak akan dilaksanakan. Penulis blog sendiri akan balik ke kampung untuk berhari raya bersama ahli keluarga. Lagipun nampak pelik solat sunat di padang. Masih banyak lagi masjid yang boleh di kunjungi sekitar Semenyih ini.
Tetapi jika surau As-Syakirin siap, pasti akan ada solat sunat Aidiladha di situ.
No comments:
Post a Comment