Thursday, October 22, 2009

Harga pembinaan dewan solat sahaja

Untuk makluman penduduk dan penderma , AJK telah bersetuju memilih Syarikat AZ Asia Enterprise sebagai kontraktor membina Surau As-Syakirin.

Namun sebutharga yang diberi adalah kos untuk membina bangunan surau sahaja. Ini tidak termasuk kos menyediakan bilik air dan bilik wuduq.

Sekiranya dana mencukupi bilik air dan bilik wuduq juga akan turut dibina. Pelan untuk bangunan bilik air dan bilik wuduq juga telah disiapkan oleh syarikat arkitek Lakareqa

Berikut adalah tuntutan bayaran kemajuan kerja yang akan dibayar kepada syarikat bagi setiap kemajuan kerja yang dilaksanakan:

1. Kerja-kerja awalan bagi penyediaan tapak binaan - RM18,000
2. Kerja-kerja asas dan pertapakan bangunan - RM15,000
3. Kerja-kerja membina konkrit tetulang Ground beam, tiang konkrit bertulang-RM14,000
4. Kerja-kerja membina lantai konkrit bertulang-RM9,000
5. Kerja-kerja membina konkrit bertulang intermediate beam level, tiang konkrit dan membina konkrit bertulang top beam level-RM14,000
6. Kerja-kerja membuat dan memasang kerangka bumbung dan membekal serta memasang genting concrete roof tile -RM32,000
7. Kerja-kerja membina dan memasang bata simen beserta membekal frame tingkap dan
pintu-RM17,000
8. Kerja-kerja kemasan plaster luar dan dalam bangunan-RM14,000
9. Kerja-kerja pendawaian elektrik berkonduit bagi lampu, plug point dan kipas -RM12,000
10. Kerja-kerja membina anjung depan, belakang, sisi kanan dan kiri, beserta arch, tangga dan tembok termasuk aksesori -RM14,000
11. Kerja-kerja mengecat bangunan luar dan dalam bangunan-RM8,000
12. Kerja-kerja membekal dan memasang lampu,kipas dan plug aksesori serta unit DB-RM5,000
13. Kerja-kerja membekal dan memasang pintu, tingkap dan pintu casement beserta aksesori-RM14,500
14. Kerja-kerja membina apron dan longkang sisi bangunan -RM8,000
15. Kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sisa-sisa binaan-RM2000

JUMLAH KOS BINAAN SURAU = RM196,500.00 ( Satu Ratus Sembilan Puluh Enam Ribu Lima Ratus Sahaja)

Berdasar kedudukan dana semasa iaitu RM70,029.56, pembinaan hanya dapat dibuat sehingga para 5 sahaja iaitu keseluruhan struktur bangunan siap.

Pembinaan berhenti setakat memasang kerangka bumbung kerana dana habis diguna. Sekiranya tiada derma diterima dari penderma, pembinaan surau As-Syakirin akan terbengkalai.

Pembinaan akan disambung kembali dengan kontraktor yang sama hanya apabila dana kewangan untuk pembayaran kemajuan kerja seterusnya cukup.

Sehubungan itu kepada semua penduduk dan para penderma budiman, bantuan tuan/puan amat diperlukan bagi memastikan pembinaan tidak akan terbengkalai.

No comments:

Post a Comment