Bagi mengumpul dana pembinaan surau As-Syakirin, penulis blog telah berusaha. Antara kaedah yang penulis blog usahakan iaitu:
1. Mengepos surat memohon sumbangan kepada hampir 500 alamat sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.
2. Mengepos surat kepada masjid-masjid terpilih di negeri Selangor dan Kuala Lumpur memohon diadakan satu kali kutipan derma pada hari Jumaat. 50 surat telah diedarkan.
3. Mengedar surat memohon sumbangan kepada penduduk. Hampir 500 surat telah diedarkan.
4. Mengedar surat memohon bantuan penduduk supaya dapat membantu mencari dana pembinaan surau dari rakan ditempat kerja serta saudara mara. 100 surat telah diedarkan.
5. Mengepos surat memohon sumbangan dari syarikat-syarikat korporat - 50 surat telah diedarkan.
6. Mengedarkan surat kepada orang awam ( meletakkan surat dicermin kereta) cara ini barangkali tidak dibenarkan tetapi penulis blog bukannya meminta wang, cuma sekadar meninggalkan surat memohon sumbangan sahaja. Terpulang kepada penerima surat tersebut sama ada ingin mengambil tindakan atau tidak. Tempat menjadi sasaran penulis blog adalah jemaah di masjid UKM dan di masjid jamek Bandar Baru Bangi. 400 surat telah penulis blog edarkan di sana.
7. Penulis blog juga mengambil kesempatan meletakkan surat pada kereta pelanggan yang membeli belah di kompleks PKNS Bangi ketika membeli keperluan hari raya Aidilfitri baru-baru ini. 200 surat telah diedarkan.
8. Penulis blog juga sanggup menunggang motosikal ke restoran jejantas Sungai Buluh untuk mengedarkan surat memohon sumbangan kepada pengguna surau restoran jejantan tersebut. Penulis blog memohon maaf kerana tidak meminta kebenaran dari pihak pengurusan PLUS. Penulis blog mengambil kesempatan meletakkan hampir 200 surat memohon derma di surau restoran jejantas memandangkan ramai pengguna di situ (singgah dalam perjalanan balik ke KL selepas berhari raya di kampung)
9. Menulis di blog ini juga adalah satu usaha dan kelihatannya ada penderma yang sudi menderma selepas terjumpa dan membaca blog yang dibina oleh penulis blog.
10. Beberapa hari lepas penulis blog telah masukkan surat memohon sumbangan dari penduduk fasa 7B. Rumah belum siap dan belum diduduki tetapi penulis blog telah edarkan surat. Penulis blog berharap pekerja-pekerja atau kontraktor yang membersih rumah tersebut tidak membuang surat tersebut. Mereka buang, penulis blog akan fotostat lagi sebanyak 200 helai menggunakan duit poket sendiri dan edarkan lagi. Penulis blog tidak akan putus asa mengedarkan surat walaupun tiada sumbangan dibuat.
11. Berjumpa dengan YB ADUN Semenyih juga sudah. Tetapi tiada khabar berita sehingga hari ini.
12. Mengirimkan URL alamat blog kepada group email yang penulis blog tahu.
Sekurang-kurangnya penulis blog tidak duduk diam dan telah berusaha sedaya upaya.Terpulang kepada penerima surat tersebut membuat pilihan sama ada mahu menderma atau tidak..
No comments:
Post a Comment