Tuesday, October 20, 2009

Mesyuarat selesai jam 11:30 malam

Kehadiran;
1. Tn Hj Raja Zazman - Pengerusi
2. En Azwan - Setiausaha
3. Ust Wan Mohamad - Pen SU
4. En Jamalullail-Bendahari
5. Tn Hj Razak - AJK
6. En Marzah-AJk
7. En Mazri - AJK
8. En Nor Azlani - AJK
9. En Azreen@ Haslam - AJK
10. En Khairul Fitri -AJK

Turut hadir:
1. En Nik - Arkitek LAKAREQA
2. En Razak - Kontraktor AZ Asia Enterprise
3. En Zulkifli - Kontraktor AZ Asia Enterprise

Tidak hadir
1. Tn Hj Halim - berada di Kuala Lumpur -rumah anak
2. En Aziz
3. En Zamry
4. En Razali Marawi
5. En Rahman

Berikut keputusan mesyuarat pada malam ini :

Ucapan aluan Pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK juga En Nik dari Lakareqa dan En Zul serta rakannya dari AZ Asia Enterprise. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah Sdr Azwan kerana mesyuarat di adakan di rumah beliau pada kali ini.

1. Maklumbalas mesyarat terdahulu
1.1 Jamuan hariraya yang dirancang tidak dilaksanakan kerana AJK perlu menjimatkan dana yang ada selain risiko tidak ramai hadir kerana penduduk sibuk mengadakan rumah terbuka dan menghadiri rumah terbuka orang lain.
1.2 AJK bersetuju untuk tidak memohon pelepasan cukai pendapatan berikut syarat dikenakan agak rumit
1.3 Bendahari menjelaskan penderma boleh terus membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor. Pastikan pembayar zakat menerima resit rasmi dan resit itu boleh digunakan untuk mendapatkan rebat cukai. Ini juga berikutan surau juga akan memohon peruntukan daripada Lembaga zakat sekiranya derma gagal mencapai sasaran.
1.4 Bendahari menjelaskan memohon peruntukan dari Lembaga zakat adalah pilihan terakhir. Sehubungan itu penduduk perlu menunjukkan komitmen sumbangan. Jangan terlalu berharap kepada peruntukan Lembaga zakat sehingga tidak mahu menunjukkan sebarang komitmen terhadap pembinaan surau yang penduduk sendiri akan menggunakannya.
1.5 Berikutan surat dari YB Tn Johan, mesyuarat bersetuju untuk tidak menunggu peruntukan yang dimohon oleh YB dari Jabatan Perdana Menteri atas dasar kelulusan yang tidak pasti. Jika tidak lulus AJK akan rugi dari segi masa. Berikutan jumlah dana terkumpul telah ada iaitu RM70,000 pembinaan bangunan surau telah sedia dimulakan.

2. Laporan kewangan
2.1 Bendahari melaporkan jumlah pada lejer lebihkurang RM62000 manakala pada penyata bank berakhir 30 Sept 2009 iaitu RM70029.56. Terdapat kontra kerana penderma tidak menghantar bukti sumbangan bagi membolehkan bendahari merekod ke dalam lejer.

3. Hal-hal lain:
3.1 Pengerusi menjelaskan mesyuarat kali ini memanggil sekali arkitek pembina pelan surau dan kontraktor binaan. Namun pemilihan kontraktor belum diputuskan walaupun mereka turut dijemput menghadiri mesyuarat.
3.2 Pelan sudah siap dan bayaran akan dibuat kepada LAKAREQA sebanyak RM500 pada malam ini.
3.3 Bendahari mengusulkan cadangan menukar saiz binaan kepada 40 X 40 kaki persegi untuk mengelak risiko derma gagal mencapai sasaran dan binaan terbengkalai.
3.4 AJK bersetuju kekal dengan saiz binaan 50X50 kaki persegi selain pelan sudah siap dan hanya perlu submit ke MPKj untuk kelulusan sahaja.
3.5 Jururunding atau perancang akan hantar permohonan darf rancangan pembangunan surau As-Syakirin kepada MPKj. En Haslam memaklumkan rakan beliau adalah jururunding tersebut dan caj perkhidmatan dalam lingkungan RM500.
3.6 Bendahari memaklumkan sehingga kini 2 kontraktor telah memasuki tender. Seorang adalah kawan bendahari dan seorang adalah kontraktor yang hadir pada malam ini. 2 lagi surat tawaran sebutharga yang diambil kontraktor lain tidak dipulangkan.
3.7 Bendahari memaklumkan walaupun satu kontraktor adalah rakan beliau, mesyuarat dimaklumkan bendahari tiada sebarang rundingan atau bakal menerima komisyen sekiranya beliau dipilih membina projek surau. Bendahari juga berharap supaya tiada mana-mana AJK yang ada mempunyai kepentingan dengan kontraktor atau menerima apa-apa komisyen. Ini kerana wang dana surau adalah sumbangan orang ramai dan ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk membiayai kos pembinaan surau bukannya membayarkan komisyen kepada mana-mana AJK.
3.9 Mesyuarat bersetuju memilih AZ Asia Enterprise sebagai kontraktor binaan projek surau.
3.10 Mesyuarat bersetuju untuk memulakan pembinaan dengan dana RM70,000 sedia ada. Mengikut sebutharga diberikan kontraktor, jumlah ini telah membolehkan keseluruhan struktur bangunan surau dibina. Setelah siap, kemajuan binaan adalah 50% dan ini membolehkan AJk memohon peruntukan dari Lembaga Zakat Selangor.
3.11 En Kahirul Fitri memaklumkan ramai penduduk tidak yakin untuk menderma kerana bangunan surau masih belum dibina.
3.12 Bendahari menjelaskan mengikut rekod sumbangan dari penduduk berjumlah sekitar Rm23000 dan bakinya adalah sumbangan dari luar. Ini menunjukkan penderma dari luar lebih banyak dan mereka lansung tidak bimbang sama ada surau di bina atau tidak.
3.13 Bendahari menjelaskan supaya penduduk tidak bimbang berlakunya penyelewengan dana surau. Perkara ini telah diambil berat oleh bendahari supaya wang derma dari orang ramai digunakan sebaiknya. Penyelewengan akan dipastikan tidak berlaku.
3.14 AJk bersetuju untuk mendapatkan sumbangan dalam bentuk bahan binaan kepada penduduk. Kontraktor diminta memberikan spesifikasi bahan binaan yang diperlukan.
3.15 Bendahari memaklumkan beliau telah banyak kali membuat surat edaran memohon sumbangan kepada penduduk, namun sehingga hari ini masih ramai penduduk tidak bertindak. Bendahari mencadangkan supaya AJK bersama-sama pergi ke rumah-rumah penduduk mengedarkan surat memohon supaya penduduk membantu mencari dana.
3.16 AJK bersetuju satu taklimat akan dilaksana sebaik sahaja surau dibina dalam 10%. Pada sesi taklimat ini borang-borang di atas akan diedarkan.
3.17 AJK juga menyesyorkan supaya ditempah kalendar sebagai satu cara mengumpul dana. 1 kalendar akan dijual dengan harga RM10. Setiap penduduk diberi 10 unit.
3.18 En Haslam memaklumkan harga kos adalah RM1.40 sen seunit. Apabila siap Tn Hj Razak meminta 100 unit diberi kepadanya.
3.19 Bendahari memaklumkan beliau telah membuat iklan mini atau flyer kempen derma RM10. Beliau mencetak satu salinan dan meminta setiap AJK mencetak sendiri sebanyak 100 helai di Zeolus Entreprise Bandar Rinching. Di situ 4 sen sehelai untuk cetakan 100 dan ke atas. 100 helai cuma RM4.00 sahaja. Iklan mini itu boleh diserahkan kepada sesiapaa sahaja yang AJK terjumpa.
3.20 Bendahari juga telah memaklumkan pada hari ini beliau telah mengedar surat memohon derma di sebuah surau di Kelana Jaya, sebuah masjid di Kelana Jaya, di masjid Kompleks Haji Kelana Jaya, di Masjid UM Lembah Pantai, di Masjid Bangsar dan Masjid negara berjumlah lebihkurang 200 helai. Tiada kebenaran diperolehi kerana bendahari meninggalkan sahaja surat-surat tersebut dengan harapan diambil oleh jemaah di situ. Kepada pihak pengurusan masjid berkenaan bendahari memohon maaf. Di surau Kelana Jaya kebenaran telah diperolehi dan bendahari telah memohon kepada AJK nya supaya dapat memberikan sedikit pengumuman kepada jemaah surau tersebut.
3.21 En Nik memaklumkan pelan yang ada ialah pelan senibina bukannya pelan struktur. Kontraktor lazimnya memerlukan pelan struktur dari jurutera untuk melihat jenis bahan yang digunapakai. Beliau memaklumkan rakannya boleh melukis pelan tersebut dan perkhidmatan tersebut percuma. AJK bersetuju dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Nik atas perkhidmatan tersebut.
3.22 Bendahari akan bertindak membuat permohonan mendapatkan pengesahan arah kiblat dari Jabatan mufti dengan kadar segera. (sudah submit online malam semalam)
3.22 Untuk urusan submit draf rancangan pembinaan En Haslam akan bertindak dan beliau akan menghubungi rakannya yang akan menyediakan semua dokumen. Setelah dokumen siap, Tn Hj Razak akan menghantarnya ke MPKj.

4.Penangguhan mesyuarat
Mesyuarat ditangguh pada jam 11.30 malam

Nota: mungkin ada perkara lain yang tertinggal. Minit mesyuarat dicatat oleh Setiausaha bukan penulis blog. Ringkasan di atas adalah apa yang diingati oleh penulis blog dalam perbincangan mesyuarat tersebut.

No comments:

Post a Comment