Duit disimpan nilainya akan turun dari masa ke semasa. Penulis blog teringat pada awal tahun 70 an, syiling 5 sen mempunyai nilai. Sekarang 50 sen nilainya sama macam 5 sen sahaja pada era 70an dahulu.
RM100 juga bukan jumlah yang besar. Jumlah RM100 ini barangkali adalah jumlah yang perlu dibayar untuk harga makanan oleh sebuah keluarga seramai 8 orang di restoran. Kita isi perut kita dengan makanan, kemudian ia nya dibuang semula dalam bentuk bahan kumuh dibilik air. Nasib tidak baik, makanan yang dimakan punca penyakit. Banyak kolestrol.
Rm100 juga adalah kos untuk mengisi minyak petrol sebuah MPV seperti nazaria atau unser. Dalam tempoh seminggu petrol tersebut habis pula.
RM100 juga digunakan untuk peruntukan membeli rokok dalam tempoh sebulan. Makan asap dan tidak kenyang pula. Paling malang kena pula penyakit .
Alangkah berbaloinya jika RM100 didermakan untuk mengisi dana tabung pembinaan surau As-Syakirin. Sekurang-kurangnya kita mendapat saham dan terlibat dengan kerja-kerja pembinaan surau As-Syakirin.
Alangkah bangganya apabila suatu hari nanti, mungkin 10 tahun akan datang apabila surau As-Syakirin digunakan oleh ratusan penduduk kita akan berkata
" Saya terlibat dalam proses pembinaannya. Saya telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM100 bagi mengisi dana pembinaanya. Bersyukur kepadaNya kerana saya tidak lokek untuk menderma. Moga-moga sumbangan saya dapat membersihkan harta saya. Mudahan-mudahan Tuhan memberi keberkatan kepada hidup saya sekeluarga... "
No comments:
Post a Comment