Wednesday, October 14, 2009

Salinan surat YB Tuan Johan b Aziz



Petang semalam penulis blog telah menerima salinan surat YB Tuan Johan b Aziz, ADUN Semenyih dari pengerusi .

Surat bertarikh bulan September 2009 tersebut memaklumkan permohonan YB kepada Jabatan Perdana Menteri bagi mendapatkan dana pembinaan Surau As-Syakirin.

Kepada YB Tuan Johan b Aziz, AJK Pembinaan Surau As-Syakirin mengucapkan ribuan terima kasih atas tindakan tersebut.

Sama ada peruntukan tersebut dapat atau tidak tidak menjadi soal. Sekurang-kurangnya YB Tuan Johan telah bertindak.

Sungguhpun demikian, kepada penderma-penderma budiman tuan-puan boleh terus menghulurkan sumbangan.

Mengikut makluman dari YB Tuan Johan semasa sesi pertemuan AJk dengan beliau beberapa bulan lalu, biasanya JPM akan memberi peruntukan minimum RM20,000. Tetapi YB akan cuba mendapatkan peruntukan penuh. Kepada penduduk, mari kita berdoa moga-moga ianya akan jadi kenyataan.

Jika tidak menjadi kenyataan, dana sedia ada akan digunakan sepenuhnya. Namun jumlah dana terkini yang berjaya dikumpul cuma berjumlah RM70,000. Jumlah ini masih belum cukup bagi menampung kos pembinaan Surau As-Syakirin yang anggaran kos pembinaannya antara Rm200,000 ke RM300,000.

No comments:

Post a Comment