Terima kasih kepada En Nik kerana menyediakan pelan binaan yang lengkap untuk Surau As-Syakirin. Antara lain ada bilik mandi jenazah di surau ini. Namun kos RM196,500 tidak termasuk membina tempat mandi jenazah ini. kontraktor hanya membina bangunan surau sahaja.
Jika ada tempat khas mandi jenazah, urusan penyelenggaran jenazah penduduk yang meninggal di kariah fasa 6 dan 7 bertambah mudah. Hantar sahaja jenazah ke surau dan AJK surau akan uruskan semuanya di situ.
Penulis blog berharap penduduk jangan terlalu takut untuk berbicara mengenai jenazah atau hal sakit mati ini kerana perkara ini tidak harus diambil mudah. Penulis blog telah berpengalaman semasa menetap di Bandar Rincing sejak 13 tahun yang lalu. Pada peringkat awal pembukaan taman tersebut, ada 2 hingga 3 kes berlaku kematian dalam keadaan penduduk masih belum bersedia untuk mengurus jenazah. Akhirnya AJK surau As Syumul meminta bantuan AJK Masjid Raja Muda Musa Semenyih dan AJK Masjid Kg Rinching sebelum AJK Surau As-Syumul mempunyai AJK badan khairatnya yang tersendiri. Penulis blog adalah salah seorang AJK badan khairat kematian Surau As-Syumul.
Hari ini jika berlaku kes kematian di fasa 6 dan 7 TPS, jangan cari penulis blog. Penduduk perlu berurusan sendiri dengan mana-mana surau atau masjid berhampiran. Surau kita belum siap lagi.
Jika ingin urusan pengurusan jenazah penduduk berjalan lancar, segeralah membantu merealisasikan pembinaan surau As-Syakirin. Beri sumbangan derma. Jangan berkira sangat dengan duit yang ada dalam poket kita.
No comments:
Post a Comment