Saturday, October 10, 2009

Bina surau transit

Penulis blog ingin meminta kebenaran penderma untuk menggunakan sebanyak RM5000 bagi membina sebuah surau transit. Binaan ini akan digunakan oleh AJK untuk menunaikan solat berjemaah selain untuk berjumpa setiap hari bagi membincangkan isu-isu pembangunan surau As-Syakirin. Namun ini idea penulis blog sahaja bukan idea semua AJK. Ini  akan dibawa ke dalam mesyuarat AJK selepas tamat bulan aidilfitri ini.

Ini kerana oleh kerana tiada surau sementara, AJK tiada tempat untuk berjumpa untuk berbincang dan merancang tindakan seterusnya. Tindakan masa kini yang diberi keutamaan adalah mengumpul dana. Apabila dana mencukupi, kerja-kerja lain berikutnya menjadi mudah.

Hal ini perlu dilakukan kerana nampak gayanya sehingga tempoh kebenaran mengutip derma tamat pada 1 Disember 2009 ini, dana pembinaan surau As-Syakirin seperti tidak mencapai sasaran.

Sebaik sahaja tempoh 1 Disember 2009, bendahari akan mengaudit jumlah dana terkumpul dan akan menghantar laporan bertulis kepada Majlis Agama Islam Negeri Selangor.

AJK akan cuba memohon tempoh perlanjutan mengutip derma dari MAIS sekiranya dibenarkan. Untuk fasa kedua ini, AJK akan memulakan semula tindakan di surau sementara tersebut yang akan dibina secara bergotong-royong. Oleh kerana saiznya kecil, surau itu akan jadi seperti surau transit. Siapa yang ingin berjemaah dan bersolat di situ, ikut giliran..

Untuk fakta (kronologi pembinaan surau As-syakirin ):

1. Okt 2008 - pemilik rumah fasa 7A menerima kunci
2. November 2008 -aduan kerosakan rumah kepada pemaju untuk dibaiki
2. Jan - Feb 2009 -penduduk mula berpindah masuk.
3. Mac 2009- AJK penaja pembinaan surau As-Syakirin mula digerakkan.
4. April 2009- Pelbagai surat dan dokumen dihantar ke MPKj , MAIDHL, dan JAIS.
5. April 2009 -Akuan tapak surau dari MPKj dan kelulusan pembinaan dari JAIS diterima
6. Mei 2009 - Kebenaran memungut derma dari MAIS diterima
7. Mei 2009 Taklimat pembinaan kepada penduduk telah dibuat.
8. Mei 2009 - Sumbangan derma dari penduduk mula diterima
9. Jun-Sep 2009 - Sumbangan dari penduduk dan komuniti luar terus diterima
10. Okt 2009 - Sumbangan dari penderma mula perlahan
11. 1 Disember 2009 - Kebenaran mengutip derma tamat.

Fasa ke 2...AJK akan bina surau sementara kerana derma terkumpul gagal mencapai sasaran.
(Lihat pada entry baru -rupa bentuk surau sementara)

No comments:

Post a Comment