Friday, October 30, 2009

Keputusan mesyuarat malam tadi

Kehadiran:
1. Hj Raja Zazman
2. Hj Halim
3. Hj Razak
4. En Azwan
5. En Jamalullail
6. En Marzah
7. En Haslam

Keputusan mesyuarat:

1. Tanda arah kiblat perlu diperkemas supaya benang tidak putus atau hilang. AJK akan meminta kontraktor menanda arah kiblat itu supaya tidak mudah hilang

2. Surat jawapan dari JPM telah diberi oleh Pejabat ADUN Semenyih kepada pengerusi. AJK sebulat suara akan meneruskan pembinaan dengan dana pembinaan yang berjaya dikumpul. Ini kerana AJK tidak pasti sama ada YB berjaya mendapatkan peruntukan tersebut ataupun tidak. Jika tidak berjaya, AJK akan rugi dari segi masa.

3. Namun demikian sebaik surau berjaya dibangunkan 50%, satu surat memaklumkan kemajuan pembinaan ini akan dimaklumkan kepada YB bagi mendapatkan input sama ada dana dari JPM boleh diperolehi bagi menampung kos pembinaan seterusnya. Ini kerana AJK memerlukan sebanyak lebih kurang RM300,000 untuk melengkap pembinaan semua prasana surau seperti bilik air,bilik wuduq, memasang pagar, tarmac dan kerja lanskap. RM196,500.00 adalah kos untuk bangunan surau sahaja.

4. Kalendar yang dipersetujui akan ditempah sebelum ini dibatalkan kerana kos tidak ekonomik.
5. AJK bersetuju surau dibina dengan kadar segera tanpa perlu menunggu kelulusan MPKj. Ini berikutan kebanyakan surau terus membina bangunan dan menghantar draf cadangan pembangunan kemudian. Biasanya kelulusan akan diperolehi jika syarat dipatuhi seperti tanah tapak surau telah disahkan statusnya.

6. Draf cadangan pembangunan masih dalam proses disiapkan juru perunding. Minggu hadapan akan siap. Draf yang siap akan diserah kepada Tn Hj Razak untuk disubmit ke MPKj.

7. Kos upah consultant iaitu RM595. Bendahari akan membuat bayaran setelah semua dokumen diserahkan kepada Tn Hj Razak.

8. AJK akan meminta kontraktor dilantik untuk hadir ke tapak surau pada hari Ahad ini untuk melaksanakan beberapa urusan. Pertama untuk mendapatkan dokumen seperti pendaftaran syarikat, pendaftaran kontraktor bumiputra, penyata bank akaun syarikat dan salinan kad pengenalan. Kontraktor juga akan diberi surat tawaran tender dan menandatangani perjanjian yang telah disediakan AJK. Selain itu AJK juga akan meminta kontrator mengambil tindakan bagi memastikan arah kiblat yang telah ditandakan pegawai dari jabatan mufti tidak hilang secara semulajadi atau kerana gangguan kanak-kanak.

9. Kontraktor bersetuju untuk hadir pada hari Ahad ini selepas dihubungi.

10. En Nik arkitex Lakareqa telah memaklumkan melalui SMS plan struktur atau engeneering plan akan siap pada minggu hadapan.

No comments:

Post a Comment