Sunday, October 4, 2009

Berapa ramai penduduk telah menderma?

Penulis blog telah meneliti jumlah penduduk yang telah memberi sumbangan. Setelah dikira, didapati penduduk yang telah menderma berjumlah 116 orang. Ini tidak termasuk jumlah penderma dari luar komuniti. 116 orang penderma ini bolehlah dikira sebagai penduduk yang akan menunaikan solat jemaah di surau As-Syakirin nanti.

Penulis blog akan mengkaji bagi menampung jemaah seramai 116 orang berapa besarkah ruang solat yang diperlukan bagi menampung jumlah tersebut.

Ini kerana jumlah derma terkumpul setakat ini berjumlah RM60,000. Penulis blog akan bertanya kepada rakan-rakan penulis blog yang terdiri dari kontraktor, bolehkah dengan kos RM60,000 surau dibina dan dapat menampung jumlah jemaah seramai 116 orang.

1 orang akan mengambil ruang solat 8 kaki persegi. 8 kaki persegi ini saiz untuk sehelai sejadah. Jika seramai 116 orang akan mengambil saiz 928 kaki (116 helai sejadah).

Jika surau dibuat berkeluasan 40 X 40 kaki persegi bersamaan 1600 kaki . Jumlah jemaah yang boleh ditampung adalah sekitar 200 orang. (termasuk kawasan beranda)

Dewan solat bersaiz 24 X 24 kaki persegi bersamaan dengan 576 kaki akan menampung 72 jemaah sahaja.
.
Mengambil kira tidak akan ramai jemaah wanita akan turut hadir dalam solat lima waktu, saiz 40 X 40 adalah relevan.

Namun saiz ini tidak mengambil kira bulan Ramadhan yang mana lazimnya penduduk akan berbondong-bondong hadir ke surau untuk bersolat tarawikh atau ketika solat sunat Aidiladha yang bakal dilaksanakan di Surau As-Syakirin apabila beroperasi nanti. Juga saiz ini tidak mengambil kira jumlah penduduk yang tidak memberikan komitmen sumbangan.

No comments:

Post a Comment