Betul. Penulis blog selaku bendahari akan memulangkan kembali wang yang telah diserahkan oleh penderma untuk tujuan membiayai kos pembangunan surau As-Syakirin.
Mengapa perlu dipulangkan?
Jika pembinaan surau dibatalkan semua sumbangan tuan/puan akan dipulangkan kembali.
Mengapa pula?
Dengan wang terkumpul berjumlah RM60,000 sebuah surau tidak dapat dibangunkan. Surau as-Syakirin yang bakal dibina berharga sekitar RM200,000 ke RM300,000.
Risiko memulakan pembinaan surau dengan mempunyai dana berjumlah RM60,000 sahaja adalah pembinaan akan terbengkalai.
Ada kutipan dana telah dibelanjakan bagaimana pula?
Betul. Untuk tujuan pengurusan, bendahari telah membelanjakan sekitar RM700 untuk kos pengurusan pada peringkat awal. Bagi menjimatkan kos, bendahari telah berhenti dari menggunakan wang dana terkumpul tersebut. Semua kos yang diperlukan, bendahari telah mengeluarkan duit poket sendiri. Wang sebanyak RM700 yang dibelanjakan untuk kos pengurusan ini bendahari akan ganti semula sekiranya wang sumbangan penderma perlu dipulangkan kembali.
Penulis blog sebagai bendahari mempunyai prinsip AJK perlu berkorban masa,tenaga dan wang ringgit. Jika tidak sanggup berkorban adalah lebih baik penulis blog tidak memegang jawatan dan berikan sahaja pada orang lain yang sanggup. AJK apa namanya jika terlalu berkira.
Namun kepada penderma-penderma, mohon tuan/puan terus memberikan sumbangan sekiranya sudi.
No comments:
Post a Comment