Sunday, October 18, 2009

Kita sudah ada backup imam

Sebaik sahaja surau siap dibina dan mula digunakan, AJK Pembinaan Surau As-Syakirin sedia ada akan dibubarkan. Jawatankuasa baru akan dipilih dari kalangan penduduk yang lain yang berminat dan sedia memikul tangungjawab membangunkan surau As-Syakirin seterusnya.

Penulis blog juga rasa ingin meletak jawatan. Cukuplah hanya menjadi jemaah biasa. Apabila surau berjaya dibina, tugas penulis blog sudah selesai.

Penduduk jangan khuatir kerana kita mempunyai beberapa orang ustaz dan imam untuk menerajui surau itu nanti.

Tn Hj Halim b Mohamad Kassim akan kekal sebagai imam Surau As-Syakirin. Tn Hj Halim sebelum ini adalah imam sebuah masjid di daerah Gombak.

Di jalan TPS 4/9 kita ada Ustaz Wan Mohamad yang juga akan jadi bakal imam solat.

Di jalan TPS 4/8 ada seorang lagi ustaz.Jiran penulis blog yang kini bertugas di Sarawak dan sedang mohon untuk berpindah ke Semenanjung semula.

Di fasa 7B juga ada seorang ustaz. Beliau kini menyewa di Bandar Tasik Kesuma dan akan berpindah ke fasa 7B TPS sebaik sahaja mendapat kunci.

Di jalan TPS 4/6 juga ada seorang ustaz yang juga menjadi imam di sebuah masjid di tempat lain. Beliau masih belum berpindah ke TPS kerana masih berkhidmat. Rumah beliau di TPS ini jauh dari tempat kerjanya. Sebaik bersara dari perkhidmatan dalam tempoh 2 tahun lagi beliau akan berpindah ke sini.

Barangkali ada ustaz, imam atau mereka yang boleh mengimamkan solat jemaah di sini. Kita masih belum mengenali mereka kerana tiada peluang untuk berkumpul dan berkenal-kenalan oleh sebab tiada tempat untuk berbuat demikian. Setakat ini kebanyakan kita hanya mengenali jiran tetangga yang selorong dengan rumah kita sahaja.

Lazimnya dalam satu komuniti ramai individu yang boleh ke hadapan. Ramai juga yang mempunyai pengalaman, mempunyai bakat dan kepakaran tertentu. Kita masih belum berjumpa mereka ini . Penulis blog yakin selepas Surau As-Syakirin siap dibina, kita akan dapat mengenalpasti mereka.

No comments:

Post a Comment