Thursday, October 22, 2009

Harga bilik air, bilik wuduq dan tempat mandi jenazah

En Nik telah menyediakan pelan binaan bilik wuduq, bilik air lelaki dan wanita serta tempat mandi jenazah secara percuma walaupun tidak disuruh oleh AJK. Lansung tiada dalam pemikiran AJK untuk membina tempat mandi jenazah. Lazimnya hanya masjid sahaja yang ada kemudahan ini.

AJK meminta En Nik membina pelan bangunan surau sahaja kerana AJK akan membina bangunan surau dahulu. Dana cukup baru bilk air dan bilik wuduq dibina.

Apabila AJK bertanya kos binaannya mengikut En Nik barangkali dalam RM100,000.

Melihat kos ini, AJK tidak berani bersetuju untuk membinanya kerana dana masih pada paras RM70,000. Bangunan surau sahaja berharga RM196,500. Dicampur dengan kos membina bilik air, bilik wuduq dan tempat mandi jenazah pula akhirnya jumlah menjadi RM296,500.

Namun sasaran derma yang ingin dicari oleh AJK adalah RM300,000. Jika jumlah ini dapat dicapai, tiada sebab semua kemudahan ini tidak boleh dibina.

Sehubungan itu kepada semua dermawan, sudi-sudilah membantu kami. Jika penulis blog mempunyai banyak duit atau orang kayalah katakan, pasti penulis blog akan menderma dalam jumlah yang banyak. Tapi penulis blog hanya mampu menderma sebanyak RM550 sahaja. Tidak mampu menderma banyak sekurang-kurangnya penulis blog menjadi AJK. 'Main power' untuk pembinaan surau As-Syakirin ini.

No comments:

Post a Comment