Sunday, October 18, 2009

Penulis blog perlukan bantuan penduduk

Hampir setiap malam penulis blog meluangkan masa untuk mengupdate laman ini bermula selepas maghrib. Berhenti sekejap dan kemudian sambung balik. Kadangkala berlarutan hingga jam 1 hingga 2 pagi.

Pada ketika entry ini ditaip, jam di dinding rumah penulis blog menunjukkan waktu 3 pagi. Waktu siang juga jika ada masa senggang, penulis blog update lagi laman blog ini. Selain itu pelbagai dokumen dan surat-menyurat perlu penulis blog uruskan. Bermula dari memerah otak mencari strategi mengumpul dana, menaip, memfotostat, mengetip dengan dawai kokot dan akhir sekali membuat edaran.

Terima wang derma pula, penulis blog perlu merekodnya ke dalam lejer, menulis resit, mengedarkan resit kepada penderma sama ada menghantar sendiri atau secara pos. Penulis blog selaku bendahari juga perlu ke bank untuk mendeposit derma tersebut supaya tersimpan dengan selamat. Selain itu secara berkala penulis blog akan menyediakan penyata kewangan untuk diedar bagi pengetahuan penduduk.

Pendekkata penulis blog tidak akan duduk diam bagi memastikan dana terkumpul mencapai sasaran.

Rasanya seperti tidak tertanggung penulis blog membuat kerja-kerja ini.

Sehubungan itu, penulis blog merayu kepada penduduk untuk turut membantu sama meringankan kerja-kerja penulis blog dengan turut serta membantu mencari dana pembinaan Surau As-Syakirin.

Kerja paling penting sekarang adalah mengumpul dana. Dana tidak cukup, pembinaan Surau As-Syakirin tidak akan menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment