Untuk makluman penduduk dan penderma, penulis blog telah diberitahu oleh salah seorang AJK bahawa sebuah syarikat dari Sepang membuat tawaran untuk membina surau As-Syakirin. Memandangkan dana surau As-Syakirin telah sedia terkumupul sebanyak RM60,000, syarikat ini akan membina surau sehingga siap dan akan membuat tuntutan bayaran apabila AJK mempunyai sumber dana. Ini setelah mengambilkira AJK akan memohon bantuan dana dari Lembaga Zakat Selangor.
Entahlah. Tak tahu penulis blog hendak membuat keputusan. Bagi penulis blog, penulis blog akan membina surau As-Syakirin berdasarkan sumber dana yang sedia terkumpul. Oleh kerana jumlah dana terkumpul berjumlah Rm60,000 logiknya bangunan yang dibina hendaklah berharga sebanyak itu juga. Bagaimana hendak membina bangunan berharga sekitar RM200,000 jika dana hanya ada RM60,000. Adakah AJK akan berhutang dengan syarikat nanti?
Baki bayaran hendak ambil dimana? memohon bantuan dengan lembaga zakat belum tentu dapat. Memohon sumbangan dari penduduk juga, tindakbalasnya perlahan.
Jadi penulis blog ingin membuat tawaran kepada syarikat-syarikat berminat. Bolehkah sebuah bangunan surau dibina dengan kos sebanyak RM60,000. AJK telah boleh membayar kerana jumlah dana tersebut telah ada. Barangkali pecahan kosnya adalah seperti berikut :
Harga bangunan : RM40,000
Upah pekerja : RM20,000 atau lebih kecil
Jumlah kos :RM 60,000
Bagi penulis blog, bentuk surau tidak penting.Bentuk kotak sekalipun tidak mengapa. Cantik tidak penting. Saiz juga tidak penting. Hatta membina surau untuk digunakan hanya seramai 50 orang sahaja sudah memadai.
Pelan tidak menjadi masalah. AJK boleh minta syarikat arkitek buat lain. Yang penting surau segera dibina dan siap dengan cepat selain kualiti binaannya terjamin.
Jadi jika ada syarikat berminat, sila hubungi penulis blog seberapa segera di talian 013-2937679 atau emailkan ke assyakirin.tps@gmail.com atau hubungi mana-mana AJK.
Adakah ini tindakan main-main. Jawapannya tidak. Kami sedia berbincang dengan mana-mana syarikat yang berminat.
Kepada penduduk , AJK tidak akan membesarkan binaan surau pada masa akan datang. Tambahan pembinaan biasanya akan mencacatkan rupabentuk bangunan. Jika surau tidak muat, kita akan hamparkan dengan tikar sahaja dan penduduk boleh bersolat di atasnya. Penulis blog terdengar juga beberapa sumber menyatakan, bersolat ditempat terbuka lebih afdal..entah la ya atau tidak....lebih-lebih lagi solat hajat.
No comments:
Post a Comment