Saturday, October 31, 2009

Solat sunat Aidiladha pada hari raya haji

AJK akan menganjurkan solat sunat Aidiladha di tapak surau As-Syakirin pada Hari Raya Haji ini nanti. Wah! begitu canggih. Tidak pernah dibuat orang solat aidiladha di padang. Di Indonesia atau negara Islam yang lain, solat di padang telah menjadi perkara biasa. Adakah AJK surau As-Syakirin akan memecah rekod. Mengikut kata guru agama, berdoa dengan tiada hijab akan termakbul. Bersolat di padang bermakna tiada hijap. Doa kita terus diangkat ke langit. Tetapi barangkali sukar dibuat kerana jika hujan, jemaah habis basah. Atau boleh juga pasang khemah.

Namun ini cuma cadangan penulis blog sahaja. Idea ini penulis blog akan maklumkan AJK yang lain. Jika mereka setuju, kita akan buat..

Penduduk akan membawa alas tikar serta sejadah sendiri. Semua penduduk diminta membawa semua ahli keluarga termasuk anak-anak yang masih kecil. Kita akan bersolat sewal jam 8:30 pagi untuk mengelak cuaca panas. AJK pula akan datang seawal jam 7:00 bagi melafazkan takbir.

Tiada upacara korban dilakukan...barangkali penduduk hanya perlu 'berkorban' dengan segera menyumbang mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin.

Jika hujan rancangan ini dibatalkan dan penduduk perlu segera ke masjid dan surau terdekat yang menganjurkan solat sunat aidiladha.

Jika jadi, beberapa peralatan perlu diadakan iaitu PA system, restrum, kerusi dan tongkat khatib. Tong-tong derma pembinaan surau As-Syakirin juga akan diedarkan pada hari itu. Penduduk digalakkan memakai baju melayu lengkap. Boleh jadi kita akan mengadakan jamuan, dengan semua penduduk sama-sama membawa juadah masing-masing. Pada pagi hari raya Aidiladha adalah sunat untuk menjamah makanan selepas solat sunat hari raya Aidiladha.

Seperti kata penulis blog, ini adalah satu idea sahaja. Ia tidak akan dilaksanakan. Penulis blog sendiri akan balik ke kampung untuk berhari raya bersama ahli keluarga. Lagipun nampak pelik solat sunat di padang. Masih banyak lagi masjid yang boleh di kunjungi sekitar Semenyih ini.

Tetapi jika surau As-Syakirin siap, pasti akan ada solat sunat Aidiladha di situ.

Berita baik...Jumlah sumbangan telah diturunkan

Kepada semua penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih. Berita baik untuk tuan/puan. Jumlah sumbangan mengisi dana pembinaan surau as-Syakirin yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu Rm100 bagi setiap rumah yang mewakili sorang penduduk telah diturunkan.

Kini penduduk boleh memberi sumbangan serendah RM10, RM50 atau Rm100. Atau apa juga jumlah AJK akan terima.

Fokus AJK ialah mengumpul RM120,000 bagi mencukupkan harga kos binaan surau iaitu Rm196,500. Dana sedia ada cuma berjumlah RM72000. Kos ini hanya cukup untuk membina struktur bangunan sahaja iaitu ground beam, tiang dan top beam. Jika dana tidak cukup. Pembinaan akan terhenti setakat ini sahaja. Jika boleh AJK menyasarkan agar kita dapat menyiapakan di peringkat pemasangan bumbung. Bumbung sudah ada, pembinaan seterusnya akan menjadi lebih mudah.

Segeralah bertindak menambah dana pembinaan surau As-Syakirin.

Hantar sumbangan tuan/puan ke rumah bendahari di No 13 Jln TPS 4/8. Telefon atau SMS no 013-2937679 untuk temujanji. Paling mudah adalah tuan/puan terus mengkredit atau memasukkan sumbangan sama ada dalam bentuk wang tunai atau cek menggunakan mesin deposit tunai EON Bank di Pekan Semenyih Sentral.

Terima kasih diucapkan sekiranya tuan/puan mengambil tindakan dan terus membuat sumbangan.

Siapa tak suka surau angkat tangan!

hah! macam budak kecil pula. Macam budak sekolah. Cikgu-cikgu selalu menyebut ayat begini semasa penulis blog sekolah dulu.

" siapa suka angkat tangan! " Siapa tak suka angkat tangan! "

Kepada penduduk di komuniti fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih ini seakan penulis blog mahu menanyakan soalan yang serupa. Tetapi rasanya seperti tidak relevan pula.

Temujanji dengan kontraktor

Besok pagi Ahad kira-kira jam 10:00 pagi pihak AJK telah meminta kontraktor pembinaan Surau As-Syakirin supaya hadir di lokasi tapak surau. AJK akan menyerahkan surat tawaran tender serta perjanjian untuk ditandatangani. Selain itu kontraktor juga akan membuat langkah susulan supaya tanda arah kiblat ini kekal selagi surau tidak dibangunkan. Dikhuatiri benang penanda arah kiblat itu akan terputus atau kayu penandanya tercabut sama ada secara semulajadi atau diganggu oleh kanak-kanak yang bermain di situ.

Arah kiblat





Friday, October 30, 2009

Keuntungan berganda

Kepada penderma budiman, mudahan-mudahan rezeki tuan/puan akan murah selepas tuan/puan menyumbang bagi menambah dana pembinaan surau di komuniti kami.
Lazimnya yang hilang akan berganti. Bukan satu tetapi lebih dari dua. InsyaAllah sumbangan tuan/puan ke arah kebaikan ini akan membuahkan hasil yang tidak dapat dijangkakan. Jika tidak kita yang akan merasanya, waris-waris kita pasti menerima faedahnya.

Teruskan menderma

AJK merayu kepada penderma-penderma budiman supata terus menderma bagi menambah dana pembinaan surau As-Syakirin. Dalam tempoh seminggu selepas mesyuarat sebelum ini lebih kurang RM1000 kutipan dari penderma berjaya diperolehi. Ini menjadikan dana terkumpul setakat ini berjumlah kira-kira RM71,000 atau Rm72,000. Harga surau yang dibangunkan adalah Rm196,500. Fokus AJK sekarang adalah menyiapkan bangunan surau terlebih dahulu. Bilik wuduq dan bilik air akan dibuat kemudian.

Jumlah yang masih tidak cukup adalah dalam lingkungan RM120,000 lagi.

Penderma-penderma boleh membuat sumbangan derma dalam bentuk:
1. Wang tunai
2. Cek
3. Wang pos atau kiriman wang pos

Cara menyumbang:
1. Hantar sendiri secara tunai kepada bendahri atau mana-mana AJK
2. Poskan ke alamat surau as-syakirin iaitu Surau As-Syakirin d/a No 40 Jalan TPS 4/5 Taman Pelangi Semenyih,43500 Semenyih, Selangor
3. Terus kredit ke akaun SURAU AS-SYAKIRIN no akaun : 0675-11-000223-3 di EON Bank
4. Melalui transaksi perbankan internet di http://www.maybank2u.com.my/ , http://www.cimbclicks.com.my/ atau dari mana-mana perbankan internet bank tempatan.

Serahkan slip bank atau sebarang bukti sumbangan untuk tujuan pengeluaran resit rasmi.

Keputusan mesyuarat malam tadi

Kehadiran:
1. Hj Raja Zazman
2. Hj Halim
3. Hj Razak
4. En Azwan
5. En Jamalullail
6. En Marzah
7. En Haslam

Keputusan mesyuarat:

1. Tanda arah kiblat perlu diperkemas supaya benang tidak putus atau hilang. AJK akan meminta kontraktor menanda arah kiblat itu supaya tidak mudah hilang

2. Surat jawapan dari JPM telah diberi oleh Pejabat ADUN Semenyih kepada pengerusi. AJK sebulat suara akan meneruskan pembinaan dengan dana pembinaan yang berjaya dikumpul. Ini kerana AJK tidak pasti sama ada YB berjaya mendapatkan peruntukan tersebut ataupun tidak. Jika tidak berjaya, AJK akan rugi dari segi masa.

3. Namun demikian sebaik surau berjaya dibangunkan 50%, satu surat memaklumkan kemajuan pembinaan ini akan dimaklumkan kepada YB bagi mendapatkan input sama ada dana dari JPM boleh diperolehi bagi menampung kos pembinaan seterusnya. Ini kerana AJK memerlukan sebanyak lebih kurang RM300,000 untuk melengkap pembinaan semua prasana surau seperti bilik air,bilik wuduq, memasang pagar, tarmac dan kerja lanskap. RM196,500.00 adalah kos untuk bangunan surau sahaja.

4. Kalendar yang dipersetujui akan ditempah sebelum ini dibatalkan kerana kos tidak ekonomik.
5. AJK bersetuju surau dibina dengan kadar segera tanpa perlu menunggu kelulusan MPKj. Ini berikutan kebanyakan surau terus membina bangunan dan menghantar draf cadangan pembangunan kemudian. Biasanya kelulusan akan diperolehi jika syarat dipatuhi seperti tanah tapak surau telah disahkan statusnya.

6. Draf cadangan pembangunan masih dalam proses disiapkan juru perunding. Minggu hadapan akan siap. Draf yang siap akan diserah kepada Tn Hj Razak untuk disubmit ke MPKj.

7. Kos upah consultant iaitu RM595. Bendahari akan membuat bayaran setelah semua dokumen diserahkan kepada Tn Hj Razak.

8. AJK akan meminta kontraktor dilantik untuk hadir ke tapak surau pada hari Ahad ini untuk melaksanakan beberapa urusan. Pertama untuk mendapatkan dokumen seperti pendaftaran syarikat, pendaftaran kontraktor bumiputra, penyata bank akaun syarikat dan salinan kad pengenalan. Kontraktor juga akan diberi surat tawaran tender dan menandatangani perjanjian yang telah disediakan AJK. Selain itu AJK juga akan meminta kontrator mengambil tindakan bagi memastikan arah kiblat yang telah ditandakan pegawai dari jabatan mufti tidak hilang secara semulajadi atau kerana gangguan kanak-kanak.

9. Kontraktor bersetuju untuk hadir pada hari Ahad ini selepas dihubungi.

10. En Nik arkitex Lakareqa telah memaklumkan melalui SMS plan struktur atau engeneering plan akan siap pada minggu hadapan.

Thursday, October 29, 2009

Mesyuarat di rumah Tn Hj Halim

Kepada AJK dimaklumkan pada malam esok Jumaat, mesyuarat yang akan dilaksanakan di rumah Tn Hj Raja Zazman, Pengerusi akan berpindah ke rumah Tn Hj Halim. Ini berikutan permohonan Tn Hj Halim agar mesyuarat dapat diadakan di rumah beliau. Harap maklum. Mohon AJK tidak menguzurkan diri untuk hadir dalam mesyuarat tersebut. Masa, jam 9:00 malam.

Arah kiblat telah ditandakan

Pagi tadi pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti telah datang ke tapak surau untuk membuat pengesahan arah kiblat. Penulis blog tidak dapat hadir kerana bekerja. Tn Hj Razak dan Tn Hj Halim telah menyambut ketibaan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti tersebut. Gambar juga telah diambil. Balik dari bekerja penulis blog telah melihat benang yang menunjukkan arah kiblat telah direntangkan hampir sejauh 50 meter dan diregangkan pada kayu yang telah disembur cat merah. Tidaklah penulis blog tahu motifnya disembur cat merah. Apa-apapun AJK Pembinaan Surau As-Syakirin mengucapkan terima kasih kepada pegawai dari Jabatan Mufti yang datang dan telah memberikan kerjasama kepada AJK. AJK tidak membuat sebarang bayaran. Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma.

Gambar ada pada Tn Hj Razak.Penulis blog akan dapatkannya nanti dan akan upload ke entry ini..

Tuesday, October 27, 2009

Cadangan mesyuarat AJK pada hari Jumaat malam Sabtu

Mesyuarat kali ini tidak semua AJK akan dipanggil. Ini kerana hanya beberapa perkara sahaja yang hendak dibincangkan iaitu:

1. Memaklumkan status pengesahan arah kiblat
2. Mengetahui status siap pelan struktur oleh Syarikat Lakareqa
3. Mengetahui status tindakan consultant
4. Mengetahui status penghantaran dari rancangan pembangunan ke MPKj
5. Membincangkan draf perjanjian dengan kontraktor
6. Dokumen-dokumen yang perlu diserahkan kontraktor.
7. Menyediakan surat tawaran tender kepada Syarikat AZ Asia Enterprise

Khamis ini pegawai dari Jabatan mufti datang

Pada hari Khamis 29 Oktober ini pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Selangor akan datang ke tapak surau untuk melaksanakan prosedur mencari arah kiblat. Sebagai persediaan AJK telah menyediakan beberapa peralatan iaitu:

1. Benang tebal
2. Lima batang kayu 15 inci yang telah diruncingkan hujungnya
3. Spray merah / cat merah
4. Simen
5. Pasir
5. Penukul

Tn Hj Raja Zazman dan Tn Hj Razak akan hadir dilokasi tapak surau nanti. Mohon pengerusi mengambil gambar pada hari tersebut. Ini kerana penulis blog tidak dapat hadir kerana bertugas. Kepada AJK yang ada masa luang, tuan-tuan digalakkan hadir sama.

Sunday, October 25, 2009

hari jualan rumah dan aidilfitri pemaju gerak teguh

Tak jadi penulis blog membuka kaunter untuk mengedarkan flyer kepada pembeli dan tetamu yang datang. Tidak ada masa. Hari sabtu, penulis blog pergi ke Low Yatt Bukit Bintang. Penulis blog minta kebenaran taukeh restoran MZ dan Sop Ani Utara untuk meletakkan flyer itu di kaunter bayaran sahaja. Apabila pelanggan membayar harga makanan, mereka akan ambil satu flyer tersebut. Kepada kedua-dua pemilik restoran ini penulis blog mengucapkan terima kasih kerana memberi kebenaran flyer tersebut di letakkan di kaunter bayaran.

Thursday, October 22, 2009

flyer di Restoran Beranang Cafe

Malam tadi semasa penulis blog 'mengetea' dengan anak lelaki penulis blogdi Restoran Beranang Cafe, penulis blog telah meminta kebenaran tauke nya untuk meletakkan flyer kempen derma RM10 dari orang ramai. Penulis blog tidak tahu sama ada kaedah ini dibenarkan MAIS atau tidak. Tetapi penulis blog bukannya minta wang cuma mengedar kertas sahaja. Terpulang kepada pelanggan restoran itu sama ada mahu mengambil atau tidak flyer tersebut atau sama ada mahu menderma atau tidak.

Sebelum ini seringkali juga penulis blog melihat di restoran-restoran mamak ada tong derma untuk sekolah anak yatim atau pusat tahfiz dan sebagainya. Di stesen minyak juga ada. Di bank juga ada. Pasaraya turut buat sama. Agendanya serupa iaitu memohon derma dari orang ramai untuk maksud yang berbeza.

Harga bilik air, bilik wuduq dan tempat mandi jenazah

En Nik telah menyediakan pelan binaan bilik wuduq, bilik air lelaki dan wanita serta tempat mandi jenazah secara percuma walaupun tidak disuruh oleh AJK. Lansung tiada dalam pemikiran AJK untuk membina tempat mandi jenazah. Lazimnya hanya masjid sahaja yang ada kemudahan ini.

AJK meminta En Nik membina pelan bangunan surau sahaja kerana AJK akan membina bangunan surau dahulu. Dana cukup baru bilk air dan bilik wuduq dibina.

Apabila AJK bertanya kos binaannya mengikut En Nik barangkali dalam RM100,000.

Melihat kos ini, AJK tidak berani bersetuju untuk membinanya kerana dana masih pada paras RM70,000. Bangunan surau sahaja berharga RM196,500. Dicampur dengan kos membina bilik air, bilik wuduq dan tempat mandi jenazah pula akhirnya jumlah menjadi RM296,500.

Namun sasaran derma yang ingin dicari oleh AJK adalah RM300,000. Jika jumlah ini dapat dicapai, tiada sebab semua kemudahan ini tidak boleh dibina.

Sehubungan itu kepada semua dermawan, sudi-sudilah membantu kami. Jika penulis blog mempunyai banyak duit atau orang kayalah katakan, pasti penulis blog akan menderma dalam jumlah yang banyak. Tapi penulis blog hanya mampu menderma sebanyak RM550 sahaja. Tidak mampu menderma banyak sekurang-kurangnya penulis blog menjadi AJK. 'Main power' untuk pembinaan surau As-Syakirin ini.

Siap dengan tempat mandi jenazah

Terima kasih kepada En Nik kerana menyediakan pelan binaan yang lengkap untuk Surau As-Syakirin. Antara lain ada bilik mandi jenazah di surau ini. Namun kos RM196,500 tidak termasuk membina tempat mandi jenazah ini. kontraktor hanya membina bangunan surau sahaja.

Jika ada tempat khas mandi jenazah, urusan penyelenggaran jenazah penduduk yang meninggal di kariah fasa 6 dan 7 bertambah mudah. Hantar sahaja jenazah ke surau dan AJK surau akan uruskan semuanya di situ.

Penulis blog berharap penduduk jangan terlalu takut untuk berbicara mengenai jenazah atau hal sakit mati ini kerana perkara ini tidak harus diambil mudah. Penulis blog telah berpengalaman semasa menetap di Bandar Rincing sejak 13 tahun yang lalu. Pada peringkat awal pembukaan taman tersebut, ada 2 hingga 3 kes berlaku kematian dalam keadaan penduduk masih belum bersedia untuk mengurus jenazah. Akhirnya AJK surau As Syumul meminta bantuan AJK Masjid Raja Muda Musa Semenyih dan AJK Masjid Kg Rinching sebelum AJK Surau As-Syumul mempunyai AJK badan khairatnya yang tersendiri. Penulis blog adalah salah seorang AJK badan khairat kematian Surau As-Syumul.

Hari ini jika berlaku kes kematian di fasa 6 dan 7 TPS, jangan cari penulis blog. Penduduk perlu berurusan sendiri dengan mana-mana surau atau masjid berhampiran. Surau kita belum siap lagi.

Jika ingin urusan pengurusan jenazah penduduk berjalan lancar, segeralah membantu merealisasikan pembinaan surau As-Syakirin. Beri sumbangan derma. Jangan berkira sangat dengan duit yang ada dalam poket kita.

Harga pembinaan dewan solat sahaja

Untuk makluman penduduk dan penderma , AJK telah bersetuju memilih Syarikat AZ Asia Enterprise sebagai kontraktor membina Surau As-Syakirin.

Namun sebutharga yang diberi adalah kos untuk membina bangunan surau sahaja. Ini tidak termasuk kos menyediakan bilik air dan bilik wuduq.

Sekiranya dana mencukupi bilik air dan bilik wuduq juga akan turut dibina. Pelan untuk bangunan bilik air dan bilik wuduq juga telah disiapkan oleh syarikat arkitek Lakareqa

Berikut adalah tuntutan bayaran kemajuan kerja yang akan dibayar kepada syarikat bagi setiap kemajuan kerja yang dilaksanakan:

1. Kerja-kerja awalan bagi penyediaan tapak binaan - RM18,000
2. Kerja-kerja asas dan pertapakan bangunan - RM15,000
3. Kerja-kerja membina konkrit tetulang Ground beam, tiang konkrit bertulang-RM14,000
4. Kerja-kerja membina lantai konkrit bertulang-RM9,000
5. Kerja-kerja membina konkrit bertulang intermediate beam level, tiang konkrit dan membina konkrit bertulang top beam level-RM14,000
6. Kerja-kerja membuat dan memasang kerangka bumbung dan membekal serta memasang genting concrete roof tile -RM32,000
7. Kerja-kerja membina dan memasang bata simen beserta membekal frame tingkap dan
pintu-RM17,000
8. Kerja-kerja kemasan plaster luar dan dalam bangunan-RM14,000
9. Kerja-kerja pendawaian elektrik berkonduit bagi lampu, plug point dan kipas -RM12,000
10. Kerja-kerja membina anjung depan, belakang, sisi kanan dan kiri, beserta arch, tangga dan tembok termasuk aksesori -RM14,000
11. Kerja-kerja mengecat bangunan luar dan dalam bangunan-RM8,000
12. Kerja-kerja membekal dan memasang lampu,kipas dan plug aksesori serta unit DB-RM5,000
13. Kerja-kerja membekal dan memasang pintu, tingkap dan pintu casement beserta aksesori-RM14,500
14. Kerja-kerja membina apron dan longkang sisi bangunan -RM8,000
15. Kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sisa-sisa binaan-RM2000

JUMLAH KOS BINAAN SURAU = RM196,500.00 ( Satu Ratus Sembilan Puluh Enam Ribu Lima Ratus Sahaja)

Berdasar kedudukan dana semasa iaitu RM70,029.56, pembinaan hanya dapat dibuat sehingga para 5 sahaja iaitu keseluruhan struktur bangunan siap.

Pembinaan berhenti setakat memasang kerangka bumbung kerana dana habis diguna. Sekiranya tiada derma diterima dari penderma, pembinaan surau As-Syakirin akan terbengkalai.

Pembinaan akan disambung kembali dengan kontraktor yang sama hanya apabila dana kewangan untuk pembayaran kemajuan kerja seterusnya cukup.

Sehubungan itu kepada semua penduduk dan para penderma budiman, bantuan tuan/puan amat diperlukan bagi memastikan pembinaan tidak akan terbengkalai.

RM70,000 pembinaannya sampai mana?

AJK telah bersetuju untuk memulakan pembinaan dengan mengunakan kedudukan dana pembinaan Surau As-Syakirin sedia ada iaitu berjumlah RM70,000.

Untuk makluman penduduk RM70,000 ini hanya dapat melibatkan pembangunan diperingkat kerja struktur bangunan sahaja. Mngikut kontraktor, pembinaan struktur bangunan adalah pada tahap 50% siap bagi sesebuah bangunan yang dibina.

Pegawai Jabatan mufti akan datang

Hari Rabu pagi semalam Tn Hj Raja Zazman telah menghantar permohonan mendapatkan pengesahan arah kiblat daripada Jabatan Mufti di Shah Alam. Pengerusi dimaklumkan dalam tempoh 12 hari pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti akan menghubungi AJK untuk turun ke tapak surau bagi melaksanakan prosedur menentukan arah kiblat

Kami terima wang pos

Untuk makluman semua penderma, kini tuan-puan boleh menggunakan kaedah kiriman wang atau wang pos. Bendahari tidak menghadapi masalah untuk menunaikannya di pejabat pos semenyih. Di Pejabat pos lain barangkali ada masalah sedikit. Ini kerana petugas kaunter Pejabat pos Semenyih telah biasa berurusan dengan bendahari. Jadi mereka sudah tiada keraguan lagi tidak seperti mana kali pertama. Kali pertama menunaikannya banyak pula karenah birokrasinya.

Sebaik menunaikan wang pos ini bendahari segera memasukkan ke dalam bank pula memandangkan kedudukan EON Bank mudah di akses. Kedudukannya tidak jauh dari pejabat pos pekan Semenyih.

Jadi penggunaan bank deraf sebagai ganti cek adalah tidak perlu.

Tuesday, October 20, 2009

Baru terima SMS

Wah! menarik ni...penulis blog baru terima SMS dari Metro Kajang: Jualan rumah teres 2 tkt Pelangi Semenyih & jamuan hari raya- 24 dan 25 Oktober di pejabat p.Smyh. Skim memperkenalkan kawan sebanyak RM2000. Tel 0387247668/9.

Penulis blog mendapat idea untuk membuka satu kaunter memohon sumbangan dari pembeli-pembeli rumah di TPS dan penduduk yang hadir di karnival jualan tersebut. Penulis blog akan cuba bertanya petugas metro sama ada boleh atau tidak AJK membuka kaunter di situ.

Ini kerana rumah-rumah di fasa 6D masih belum terjual sepenuhnya. Rumah di fasa 6D adalah teres setingkat berharga RM154000. Sudah siap dan sedia diduduki. Tidak perlu tunggu 2 tahun. Itu sebab rumah ini mahal kerana dibina dengan konsep bina sampai siap dulu dan kemudian baru jual. Kepada pembeli muslim, penulis blog amat mengalu-alukan jika tuan/puan membeli rumah di sini. Surau kita dalam proses hendak dibina. Bukan senang nak cari taman perumahan yang menyediakan tapak surau di hadapan mata.

Rumah 2 tingkat pula harganya RM198000 atau lebih. Tapi dekat dengan kedai, pasaraya TESCO, KFC dan pizza hut. Surau PGA juga dekat.

Meriah nanti tempat ni...kepada pembeli jangan berlengah lagi..

Penulis blog akan edarkan iklan mini memohon sumbangan pembinaan surau As-Syakirin ini nanti. AJK bukan minta duit..cuma edarkan surat atau flyer sahaja. Tetapi jika ada penderma yang sudi terus menderma wang, kami menerimanya...

Kumpulan Rahman Brother

KRB telah memaklumkan mereka telah menderma RM300 dan meminta resit rasmi . Surat sumbangan dari KRB telah di terima dan pada borang mencatatkan jumlah sumbangan, no rujukan slip masuk dan no cek tetapi bendahari tidak menerima bukti sumbangan. Namun atas permintaan KRB bendahari telah mengeluarkan resit rasmi dan telah mencatat dalam lejer.

Kepada penderma mohon pihak tuan puan menghantar bukti sumbangan iaitu slip masuk bank, cetakan transaksi perbankan internet atau apa saja bukti. Sekiranya tiada bukti sumbangan dan bendahari menulis ke dalam lejer, risikonya sekiranya tiada sumbangan dibuat, bendahari akan mengganti wang tersebut menggunakan duit poket sendiri. Harap maklum. Segala kerjasama tuan puan amat dihargai.

Time : 1:14 pagi. ( Masa pada komputer tak betul )

Mesyuarat selesai jam 11:30 malam

Kehadiran;
1. Tn Hj Raja Zazman - Pengerusi
2. En Azwan - Setiausaha
3. Ust Wan Mohamad - Pen SU
4. En Jamalullail-Bendahari
5. Tn Hj Razak - AJK
6. En Marzah-AJk
7. En Mazri - AJK
8. En Nor Azlani - AJK
9. En Azreen@ Haslam - AJK
10. En Khairul Fitri -AJK

Turut hadir:
1. En Nik - Arkitek LAKAREQA
2. En Razak - Kontraktor AZ Asia Enterprise
3. En Zulkifli - Kontraktor AZ Asia Enterprise

Tidak hadir
1. Tn Hj Halim - berada di Kuala Lumpur -rumah anak
2. En Aziz
3. En Zamry
4. En Razali Marawi
5. En Rahman

Berikut keputusan mesyuarat pada malam ini :

Ucapan aluan Pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK juga En Nik dari Lakareqa dan En Zul serta rakannya dari AZ Asia Enterprise. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah Sdr Azwan kerana mesyuarat di adakan di rumah beliau pada kali ini.

1. Maklumbalas mesyarat terdahulu
1.1 Jamuan hariraya yang dirancang tidak dilaksanakan kerana AJK perlu menjimatkan dana yang ada selain risiko tidak ramai hadir kerana penduduk sibuk mengadakan rumah terbuka dan menghadiri rumah terbuka orang lain.
1.2 AJK bersetuju untuk tidak memohon pelepasan cukai pendapatan berikut syarat dikenakan agak rumit
1.3 Bendahari menjelaskan penderma boleh terus membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor. Pastikan pembayar zakat menerima resit rasmi dan resit itu boleh digunakan untuk mendapatkan rebat cukai. Ini juga berikutan surau juga akan memohon peruntukan daripada Lembaga zakat sekiranya derma gagal mencapai sasaran.
1.4 Bendahari menjelaskan memohon peruntukan dari Lembaga zakat adalah pilihan terakhir. Sehubungan itu penduduk perlu menunjukkan komitmen sumbangan. Jangan terlalu berharap kepada peruntukan Lembaga zakat sehingga tidak mahu menunjukkan sebarang komitmen terhadap pembinaan surau yang penduduk sendiri akan menggunakannya.
1.5 Berikutan surat dari YB Tn Johan, mesyuarat bersetuju untuk tidak menunggu peruntukan yang dimohon oleh YB dari Jabatan Perdana Menteri atas dasar kelulusan yang tidak pasti. Jika tidak lulus AJK akan rugi dari segi masa. Berikutan jumlah dana terkumpul telah ada iaitu RM70,000 pembinaan bangunan surau telah sedia dimulakan.

2. Laporan kewangan
2.1 Bendahari melaporkan jumlah pada lejer lebihkurang RM62000 manakala pada penyata bank berakhir 30 Sept 2009 iaitu RM70029.56. Terdapat kontra kerana penderma tidak menghantar bukti sumbangan bagi membolehkan bendahari merekod ke dalam lejer.

3. Hal-hal lain:
3.1 Pengerusi menjelaskan mesyuarat kali ini memanggil sekali arkitek pembina pelan surau dan kontraktor binaan. Namun pemilihan kontraktor belum diputuskan walaupun mereka turut dijemput menghadiri mesyuarat.
3.2 Pelan sudah siap dan bayaran akan dibuat kepada LAKAREQA sebanyak RM500 pada malam ini.
3.3 Bendahari mengusulkan cadangan menukar saiz binaan kepada 40 X 40 kaki persegi untuk mengelak risiko derma gagal mencapai sasaran dan binaan terbengkalai.
3.4 AJK bersetuju kekal dengan saiz binaan 50X50 kaki persegi selain pelan sudah siap dan hanya perlu submit ke MPKj untuk kelulusan sahaja.
3.5 Jururunding atau perancang akan hantar permohonan darf rancangan pembangunan surau As-Syakirin kepada MPKj. En Haslam memaklumkan rakan beliau adalah jururunding tersebut dan caj perkhidmatan dalam lingkungan RM500.
3.6 Bendahari memaklumkan sehingga kini 2 kontraktor telah memasuki tender. Seorang adalah kawan bendahari dan seorang adalah kontraktor yang hadir pada malam ini. 2 lagi surat tawaran sebutharga yang diambil kontraktor lain tidak dipulangkan.
3.7 Bendahari memaklumkan walaupun satu kontraktor adalah rakan beliau, mesyuarat dimaklumkan bendahari tiada sebarang rundingan atau bakal menerima komisyen sekiranya beliau dipilih membina projek surau. Bendahari juga berharap supaya tiada mana-mana AJK yang ada mempunyai kepentingan dengan kontraktor atau menerima apa-apa komisyen. Ini kerana wang dana surau adalah sumbangan orang ramai dan ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk membiayai kos pembinaan surau bukannya membayarkan komisyen kepada mana-mana AJK.
3.9 Mesyuarat bersetuju memilih AZ Asia Enterprise sebagai kontraktor binaan projek surau.
3.10 Mesyuarat bersetuju untuk memulakan pembinaan dengan dana RM70,000 sedia ada. Mengikut sebutharga diberikan kontraktor, jumlah ini telah membolehkan keseluruhan struktur bangunan surau dibina. Setelah siap, kemajuan binaan adalah 50% dan ini membolehkan AJk memohon peruntukan dari Lembaga Zakat Selangor.
3.11 En Kahirul Fitri memaklumkan ramai penduduk tidak yakin untuk menderma kerana bangunan surau masih belum dibina.
3.12 Bendahari menjelaskan mengikut rekod sumbangan dari penduduk berjumlah sekitar Rm23000 dan bakinya adalah sumbangan dari luar. Ini menunjukkan penderma dari luar lebih banyak dan mereka lansung tidak bimbang sama ada surau di bina atau tidak.
3.13 Bendahari menjelaskan supaya penduduk tidak bimbang berlakunya penyelewengan dana surau. Perkara ini telah diambil berat oleh bendahari supaya wang derma dari orang ramai digunakan sebaiknya. Penyelewengan akan dipastikan tidak berlaku.
3.14 AJk bersetuju untuk mendapatkan sumbangan dalam bentuk bahan binaan kepada penduduk. Kontraktor diminta memberikan spesifikasi bahan binaan yang diperlukan.
3.15 Bendahari memaklumkan beliau telah banyak kali membuat surat edaran memohon sumbangan kepada penduduk, namun sehingga hari ini masih ramai penduduk tidak bertindak. Bendahari mencadangkan supaya AJK bersama-sama pergi ke rumah-rumah penduduk mengedarkan surat memohon supaya penduduk membantu mencari dana.
3.16 AJK bersetuju satu taklimat akan dilaksana sebaik sahaja surau dibina dalam 10%. Pada sesi taklimat ini borang-borang di atas akan diedarkan.
3.17 AJK juga menyesyorkan supaya ditempah kalendar sebagai satu cara mengumpul dana. 1 kalendar akan dijual dengan harga RM10. Setiap penduduk diberi 10 unit.
3.18 En Haslam memaklumkan harga kos adalah RM1.40 sen seunit. Apabila siap Tn Hj Razak meminta 100 unit diberi kepadanya.
3.19 Bendahari memaklumkan beliau telah membuat iklan mini atau flyer kempen derma RM10. Beliau mencetak satu salinan dan meminta setiap AJK mencetak sendiri sebanyak 100 helai di Zeolus Entreprise Bandar Rinching. Di situ 4 sen sehelai untuk cetakan 100 dan ke atas. 100 helai cuma RM4.00 sahaja. Iklan mini itu boleh diserahkan kepada sesiapaa sahaja yang AJK terjumpa.
3.20 Bendahari juga telah memaklumkan pada hari ini beliau telah mengedar surat memohon derma di sebuah surau di Kelana Jaya, sebuah masjid di Kelana Jaya, di masjid Kompleks Haji Kelana Jaya, di Masjid UM Lembah Pantai, di Masjid Bangsar dan Masjid negara berjumlah lebihkurang 200 helai. Tiada kebenaran diperolehi kerana bendahari meninggalkan sahaja surat-surat tersebut dengan harapan diambil oleh jemaah di situ. Kepada pihak pengurusan masjid berkenaan bendahari memohon maaf. Di surau Kelana Jaya kebenaran telah diperolehi dan bendahari telah memohon kepada AJK nya supaya dapat memberikan sedikit pengumuman kepada jemaah surau tersebut.
3.21 En Nik memaklumkan pelan yang ada ialah pelan senibina bukannya pelan struktur. Kontraktor lazimnya memerlukan pelan struktur dari jurutera untuk melihat jenis bahan yang digunapakai. Beliau memaklumkan rakannya boleh melukis pelan tersebut dan perkhidmatan tersebut percuma. AJK bersetuju dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Nik atas perkhidmatan tersebut.
3.22 Bendahari akan bertindak membuat permohonan mendapatkan pengesahan arah kiblat dari Jabatan mufti dengan kadar segera. (sudah submit online malam semalam)
3.22 Untuk urusan submit draf rancangan pembinaan En Haslam akan bertindak dan beliau akan menghubungi rakannya yang akan menyediakan semua dokumen. Setelah dokumen siap, Tn Hj Razak akan menghantarnya ke MPKj.

4.Penangguhan mesyuarat
Mesyuarat ditangguh pada jam 11.30 malam

Nota: mungkin ada perkara lain yang tertinggal. Minit mesyuarat dicatat oleh Setiausaha bukan penulis blog. Ringkasan di atas adalah apa yang diingati oleh penulis blog dalam perbincangan mesyuarat tersebut.

Monday, October 19, 2009

Perasmian pembukaan Surau As-Syakirin

Maaf. Lambat lagi. Suraunya belum siap. AJK bercadang untuk menjemput Dato Mufti Negeri Selangor atau Pengarah JAIS atau Pengarah MAIS untuk merasmikan pembukaan surau As-Syakirin.

Tapi kena tunggulah surau siap 100% dulu.

Nak siap macamana, duit tak cukup ni...

Kepada penderma, sudi-sudilah membantu kami.

Terima kasih.

4 jam berpusing mencari Shang Villa kondo

Penat betul penulis blog hari ini....4 jam berlegar-legar mencari pemilik rumah di salah satu unit Shang Villa Condo. Pemilik rumah ini telah menderma Rm2000 menggunakan cek tetapi malangnya cek tersebut tidak dapat diproses kerana cek versi lama.

Penulis blog boleh mengepos surat itu tetapi pada fikiran penulis blog adalah lebih baik penulis blog berjumpa tuan punya cek tersebut untuk memulangkan kembali kepada beliau. Ini bagi membolehkan penulis blog mendapatkan cek gantian sekiranya beliau masih sudi menyumbang.

Rm2000 adalah jumlah yang agak banyak. Tidak ramai penderma yang menderma dengan jumlah ini. Jumlah ini sama dengan sumbangan dari 20 orang penduduk di sini.

Penulis blog telah bertanya dengan ramai orang juga dan hasilnya penulis blog tetap sesat di Kelana Jaya dan Shang Villa yang dicari tetap tidak berjumpa. Kawasan ini penulis blog tidak biasa masuk.

>>> Cek ini penulis blog telah beri kepada pengerusi. Terpulang kepada pengerusi nak buat apa. Payah sangat kami akan pos kan sahaja..

mini flyer

Kempen derma RM10 seorang

Siapa yang sudi tolong, download dokumen ni.. lepas tu fotostat dan edarkan pada sesiapa sahaja. Mudah-mudahan ada yang terbuka hatinya untuk melakukan kebajikan...

belum scan lagi..

Nota : penulis blog dah jadikan dari dokumen word ke format pdf. Bila nak insert image tak boleh pulak. Blog ini hanya terima fail format gif, jpeg, bmp dan png sahaja. Pdf tak boleh. Tapi apa pasal penulis blog pernah terjumpa ada blog lain link ke pdf. Heiii ingatkan penulis blog dah pandai sangat, rupanya ada lagi yang tak tahu. Kepada pelayar sekiranya tuan-puan tahu caranya mohon email kepada jamalul_lail@yahoo.com atau assyakirin.tps@gmail.com
Nak guna scan lambat. Scanner duduk kat tempat lain...

Kos binaan surau As-Syakirin

Untuk makluman semua penderma, setakat ini 2 kontraktor telah memberikan sebutharga binaan surau.

Kontraktor pertama = RM234,000
Kontraktor kedua = RM197,000

Kos ini adalah kos binaan bangunan surau sahaja. Kos ini tidak termasuk pembayaran untuk kerja-kerja pembinaan bilik air/tandas, bilik wuduq lelaki dan wanita, kerja-kerja menurap jalan masuk, membina pagar dan kerja-kerja lanskap.

Keutamaan AJK adalah menyiapkan dewan solat terlebih dahulu. Yang lain sekiranya dana mencukupi, kerja-kerja akan dilaksanakan.

Sehubungan itu kepada semua penderma, bantuan dan sumbangan anda amat diperlukan. Atas sumbangan yang pihak tuan/puan berikan, kami AJK pembinaan surau As-Syakirin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Cek pertama dikeluarkan

cek 00001 berjumlah RM500 telah dibayar kepada En Nik pelukis pelan binaan surau pada 19 Oktober jam 9:30 malam
>>>>>>>>



Pagi ini bendahari mengeluarkan cek pertama berjumlah RM500 dari akaun Surau As-Syakirin untuk membuat bayaran penyediaan pelan rekabentuk surau kepada syarikat arkitek LAKAREQA beralamat di Bandar Baru Bangi.

Dalam tempoh terdekat ini permohonan rancangan pembangunan Surau As-Syakirin akan dihantar kepada Majlis Perbandaran Kajang untuk tujuan kebenaran merancang dan kelulusan pembinaan.

Sehubungan itu AJK berharap penderma-penderma budiman terus menghulurkan sumbangan bagi mengelakkan projek ini akan terbengkalai kerana kekurangan dana.

Dana setakat ini berjumlah RM70029.56 berbanding dengan kos pembinaan antara RM200,000 ke RM300,000.

Sunday, October 18, 2009

Besok malam mesyuarat AJk

Kepada semua AJK,besok Isnin 19 Oktober 2009 jam 9:00 malam satu mesyuarat akan dilaksanakan bertempat di rumah Sdr Azwam, Setiausaha JK Pembinaan Surau As-Syakirin.

Agenda mesyuarat:

1. Ucapan aluan pengerusi
2. Mengesah minit mesyuarat yang lalu
3. Maklumbalas mesyuarat yang lalu
4. Laporan kewangan dari bendahari
5. Laporan AJK pencari dana
6. Isu-isu untuk diperbincangkan:
6a)Pemilihan Kontraktor projek
6b)Menghantar draf cadangan pembangunan ke MPKj
6d) Respon terhadap surat YB Tuan Johan kepada JPM
7. Hal-hal lain
8. Penangguhan mesyuarat

Semua AJK diharap tidak menguzurkan diri.

Pelan sudah siap?

Pelan sudah siap dan ada pada penulis blog. Berikutan pelan sudah siap, satu mesyuarat AJK akan dibuat pada malam besok.

.>>>>>>>
Petang semalam seorang AJk telah menelefon penulis blog memaklumkan plan yang hendak di submit ke MPKj untuk tujuan draf cadangan pembangunan Surau As-Syakirin sudah siap dan berada di tangannya. Seperti dipersetujui AJK, bendahari akan mengeluarkan RM500 dana terkumpul untuk membiayai kos cetakan pelan tersebut.

Sebenarnya penulis blog baru berkira-kira untuk menukar pelan rekabentuk surau. Pelan rekabentuk surau ini menyebabkan kos binaan menjadi mahal iaitu sekitar RM200,000 ke RM300,000. Bagi penulis blog saiz surau tidak penting. Asalkan ada surau sudah. Walaupun hanya mampu menyediakan ruang untuk 20 ke 30 jemaah sudah cukup. Hatta seperti surau transit juga tidak mengapa. Bentuk juga tidak penting. Macam sebuah kotak juga penulis blog boleh terima.

Tapi penduduk fasa 6 dan 7 bukankah ramai? Betul ramai. Penulis blog sudah membuat kajian. Semasa mengedar surat-surat edaran ke rumah penduduk, penulis blog melihat masih ramai lagi penduduk yang tidak mengambil bahagian dalam pembangunan surau As-Syakirin yakni menghulurkan sumbangan menambah dana pembinaannya.

Penulis blog tidak peduli. Surat edaran akan penulis blog edarkan dari masa ke semasa. Yang penting penulis blog menjalankan tugas. Soal penduduk beri sumbangan atau tidak terpulang kepada mereka.

Nanti surau tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai bagaimana pula? Tidak mengapa. AJK akan bentang tikar di luar surau. Mungkin Surau As-Syakirin akan memecah rekod. Pada waktu solat fardhu yang biasa, jemaahnya melimpah sampai ke luar kerana surau tidak muat. Lazimnya jemaah melimpah ruah pada hari solat Jumaat dan solat hari raya saja.

Penulis blog baru bercadang untuk membina surau berharga sekitar RM100,000 saja dan akan mengemukakan cadangan dalam mesyuarat AJK yang akan dibuat dalam tempoh terdekat ini. Tetapi pelan pulak sudah siap. Tak sempat penulis blog mengemukan cadangan ini.

Sebelum ini saiz binaan surau telah sekali dikecilkan.

Pertama kali saiz binaan surau as-Syakirin yang dipersetujui adalah bersaiz 40 X 70 kaki persegi.

Kali kedua saiz binaannya dikecilkan kepada 50 X 50 kaki persegi bagi mengurangkan kos binaan.

Penulis blog pula bercadang untuk mengecilkan lagi saiz binaannya kepada 30 X 30 kaki persegi sahaja dengan andaian kos pembinaannya dalam lingkungan Rm100,000 memandangkan jumlah dana terkumpul pembinaan surau As-Syakirin yang berjaya dikumpul hanya berjumlah RM70,000 sehingga 18 Okt.2009.

Pada 1 Disember 2009, kebenaran memungut derma ini tamat pula. Selepas itu hendak mendapatkan peruntukan kewangan dari mana pula jika surau berharga lebih dari Rm100,000.

Rekabentuk surau yang baru telah ada pada penulis blog. Dalam bentuk foto. Bentuknya agak mudah. Sewaktu pulang ke kampung berhari raya dahulu penulis blog sempat merakamkan gambar beberapa surau sepanjang laluan penulis blog berhari raya ke rumah saudara-mara untuk mencari idea bentuk binaan yang mudah, yang kosnya agak rendah disamping rekabentuknya agak boleh tahan.

Penulis blog bercadang untuk membawa foto surau ini untuk dilukis semula oleh pelukis pelan dengan membuat beberapa pengubahsuaian.

Apa-apapun penulis blog akan menunggu mesyuarat AJK untuk mengemukakan cadangan ini.

Penulis blog perlukan bantuan penduduk

Hampir setiap malam penulis blog meluangkan masa untuk mengupdate laman ini bermula selepas maghrib. Berhenti sekejap dan kemudian sambung balik. Kadangkala berlarutan hingga jam 1 hingga 2 pagi.

Pada ketika entry ini ditaip, jam di dinding rumah penulis blog menunjukkan waktu 3 pagi. Waktu siang juga jika ada masa senggang, penulis blog update lagi laman blog ini. Selain itu pelbagai dokumen dan surat-menyurat perlu penulis blog uruskan. Bermula dari memerah otak mencari strategi mengumpul dana, menaip, memfotostat, mengetip dengan dawai kokot dan akhir sekali membuat edaran.

Terima wang derma pula, penulis blog perlu merekodnya ke dalam lejer, menulis resit, mengedarkan resit kepada penderma sama ada menghantar sendiri atau secara pos. Penulis blog selaku bendahari juga perlu ke bank untuk mendeposit derma tersebut supaya tersimpan dengan selamat. Selain itu secara berkala penulis blog akan menyediakan penyata kewangan untuk diedar bagi pengetahuan penduduk.

Pendekkata penulis blog tidak akan duduk diam bagi memastikan dana terkumpul mencapai sasaran.

Rasanya seperti tidak tertanggung penulis blog membuat kerja-kerja ini.

Sehubungan itu, penulis blog merayu kepada penduduk untuk turut membantu sama meringankan kerja-kerja penulis blog dengan turut serta membantu mencari dana pembinaan Surau As-Syakirin.

Kerja paling penting sekarang adalah mengumpul dana. Dana tidak cukup, pembinaan Surau As-Syakirin tidak akan menjadi kenyataan.

Kita sudah ada backup imam

Sebaik sahaja surau siap dibina dan mula digunakan, AJK Pembinaan Surau As-Syakirin sedia ada akan dibubarkan. Jawatankuasa baru akan dipilih dari kalangan penduduk yang lain yang berminat dan sedia memikul tangungjawab membangunkan surau As-Syakirin seterusnya.

Penulis blog juga rasa ingin meletak jawatan. Cukuplah hanya menjadi jemaah biasa. Apabila surau berjaya dibina, tugas penulis blog sudah selesai.

Penduduk jangan khuatir kerana kita mempunyai beberapa orang ustaz dan imam untuk menerajui surau itu nanti.

Tn Hj Halim b Mohamad Kassim akan kekal sebagai imam Surau As-Syakirin. Tn Hj Halim sebelum ini adalah imam sebuah masjid di daerah Gombak.

Di jalan TPS 4/9 kita ada Ustaz Wan Mohamad yang juga akan jadi bakal imam solat.

Di jalan TPS 4/8 ada seorang lagi ustaz.Jiran penulis blog yang kini bertugas di Sarawak dan sedang mohon untuk berpindah ke Semenanjung semula.

Di fasa 7B juga ada seorang ustaz. Beliau kini menyewa di Bandar Tasik Kesuma dan akan berpindah ke fasa 7B TPS sebaik sahaja mendapat kunci.

Di jalan TPS 4/6 juga ada seorang ustaz yang juga menjadi imam di sebuah masjid di tempat lain. Beliau masih belum berpindah ke TPS kerana masih berkhidmat. Rumah beliau di TPS ini jauh dari tempat kerjanya. Sebaik bersara dari perkhidmatan dalam tempoh 2 tahun lagi beliau akan berpindah ke sini.

Barangkali ada ustaz, imam atau mereka yang boleh mengimamkan solat jemaah di sini. Kita masih belum mengenali mereka kerana tiada peluang untuk berkumpul dan berkenal-kenalan oleh sebab tiada tempat untuk berbuat demikian. Setakat ini kebanyakan kita hanya mengenali jiran tetangga yang selorong dengan rumah kita sahaja.

Lazimnya dalam satu komuniti ramai individu yang boleh ke hadapan. Ramai juga yang mempunyai pengalaman, mempunyai bakat dan kepakaran tertentu. Kita masih belum berjumpa mereka ini . Penulis blog yakin selepas Surau As-Syakirin siap dibina, kita akan dapat mengenalpasti mereka.

Cek ini tidak sah nilai





Kepada penderma yang mengirimkan cek di atas, dimaklumkan bahawa cek ini tidak dapat diproses kerana versi lama. Cek versi baru mempunyai no 2 digit pada awal nombor yang tertera di bahagian bawah cek.

Contohnya "21" "032075" 18-62401: 000000000935" "01"

Cek tuan puan akan dipulangkan kembali secara pos. Namun AJK mengucapkan terima kasih kepada pihak tuan/puan atas sumbangan tersebut.

Sekiranya masih sudi menderma, harap pihak tuan/puan mengeluarkan cek baru dan mengirimnya kepada kami atau terus sahaja bank in menggunakan mesin deposit cek EON bank.

Penyata bank terkini 30 Sep 2009


Mohon penderma cetak resit ini




Lagi resit rasmi







Mohon maaf kerana tidak dapat mengepos resit rasmi di bawah kerana bendahari tiada alamat penderma lengkap. Mohon pihak tuan cetak resit di sini.

Resit rasmi






Kepada penderma di atas, bendahari tidak dapat mengepos resit rasmi kerana alamat lengkap tidak ada. Mohon pihak tuan cetak resit disini untuk bukti sumbangan. Terima kasih.

Surat edaran ke Fasa 7 B


Rumah di fasa 7B masih belum diduduki. Belum diserah kepada pembeli lagi kerana bekalan air dan elektrik belum masuk lagi. Air sudah ada tetapi tiada meter. Elektrik pula, TNB sedang memasang transformer dalam bangunan ibusawat. Nampaknya masih belum siap lagi. Kabel juga masih terjuntai dan belum disambung ke blok rumah penduduk.

Namun penulis blog telah mengedarkan surat memohon derma dari penduduk fasa 7B.

Ini surat mohon derma kepada sesiapa sahaja



Pamplet kepada penderma


Imej di atas adalah pamplet memohon derma dari orang ramai yang telah diedarkan penulis blog di beberapa tempat. Penduduk boleh membantu dengan membuat salinan dan mengedarkannya kepada rakan-rakan, saudara-mara dan rakan sekerja.

Wednesday, October 14, 2009

Salinan surat YB Tuan Johan b Aziz



Petang semalam penulis blog telah menerima salinan surat YB Tuan Johan b Aziz, ADUN Semenyih dari pengerusi .

Surat bertarikh bulan September 2009 tersebut memaklumkan permohonan YB kepada Jabatan Perdana Menteri bagi mendapatkan dana pembinaan Surau As-Syakirin.

Kepada YB Tuan Johan b Aziz, AJK Pembinaan Surau As-Syakirin mengucapkan ribuan terima kasih atas tindakan tersebut.

Sama ada peruntukan tersebut dapat atau tidak tidak menjadi soal. Sekurang-kurangnya YB Tuan Johan telah bertindak.

Sungguhpun demikian, kepada penderma-penderma budiman tuan-puan boleh terus menghulurkan sumbangan.

Mengikut makluman dari YB Tuan Johan semasa sesi pertemuan AJk dengan beliau beberapa bulan lalu, biasanya JPM akan memberi peruntukan minimum RM20,000. Tetapi YB akan cuba mendapatkan peruntukan penuh. Kepada penduduk, mari kita berdoa moga-moga ianya akan jadi kenyataan.

Jika tidak menjadi kenyataan, dana sedia ada akan digunakan sepenuhnya. Namun jumlah dana terkini yang berjaya dikumpul cuma berjumlah RM70,000. Jumlah ini masih belum cukup bagi menampung kos pembinaan Surau As-Syakirin yang anggaran kos pembinaannya antara Rm200,000 ke RM300,000.

Menderma membersihkan harta kita

Berzakat adalah amalan wajib. Bersedekah adalah amalan sunat. Menderma kepada aktiviti-aktiviti bercorak kebajikan seperti membantu anak yatim dan fakir miskin pula dituntut agama. Menderma untuk membina sebuah surau untuk digunakan oleh umat Islam juga adalah perkara yang memberi faedah yang sama. Kita tidak akan rugi jika kita menginfaqkan harta atau wang ringggit kita menyumbang kepada perkara-perkara seperti ini.

Zakat kita, sedekah kita dan derma yang kita berikan boleh membersihkan harta kita. Orang tua-tua kata 'murah rezeki kita'. Yang hilang akan berganti. Bukan satu tetapi lebih dari dua. Janganlah kita hendaknya menjadi orang yang terlalu berkira untuk menyumbangkan harta kita ke arah ini. Jangan terlalu lokek. Harta dan wang ringgit yang kita cari akhirnya tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Sunday, October 11, 2009

Berjumlah RM70,000

Bendahari telah terima penyata kewangan bank dari Pengerusi. Jumlah dana terkumpul iaitu RM70296.56 Penyata ini penulis blog belum sempat scan lagi.

---------------------------------
Petang tadi penulis blog menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di rumah sdr Azwan. Di sana Tn Hj Raja Zazman, Pengerusi JK Pembinaan surau As-Syakirin telah sedia ada. Beliau memaklumkan penyata bank telah sampai dengan jumlah tercatat lebihkurang RM70,000.

Penulis blog selaku bendahari mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang menggunakan kaedah terus bank in menggunakan mesin deposit tunai atau cek EON Bank. Juga barangkali melalui kaedah pemindahan wang dengan perbankan internet.

Ini kerana pada lejer bendahari jumlah derma terkumpul berjumlah lebihkurang RM60,000 manakala di penyata bank tercatat RM70,000. Kontra sebanyak RM10,000 ini adalah dari penderma yang tidak ingin dikenali.

Terima kasih sekali lagi penulis blog ucapkan. Moga-moga rezeki tuan/puan bertambah dan tuan/puan beroleh keberkatan dari Tuhan semesta alam. Tuhan yang Maha Esa.

Duit disimpan tiada nilai.

Duit disimpan nilainya akan turun dari masa ke semasa. Penulis blog teringat pada awal tahun 70 an, syiling 5 sen mempunyai nilai. Sekarang 50 sen nilainya sama macam 5 sen sahaja pada era 70an dahulu.

RM100 juga bukan jumlah yang besar. Jumlah RM100 ini barangkali adalah jumlah yang perlu dibayar untuk harga makanan oleh sebuah keluarga seramai 8 orang di restoran. Kita isi perut kita dengan makanan, kemudian ia nya dibuang semula dalam bentuk bahan kumuh dibilik air. Nasib tidak baik, makanan yang dimakan punca penyakit. Banyak kolestrol.

Rm100 juga adalah kos untuk mengisi minyak petrol sebuah MPV seperti nazaria atau unser. Dalam tempoh seminggu petrol tersebut habis pula.

RM100 juga digunakan untuk peruntukan membeli rokok dalam tempoh sebulan. Makan asap dan tidak kenyang pula. Paling malang kena pula penyakit .

Alangkah berbaloinya jika RM100 didermakan untuk mengisi dana tabung pembinaan surau As-Syakirin. Sekurang-kurangnya kita mendapat saham dan terlibat dengan kerja-kerja pembinaan surau As-Syakirin.

Alangkah bangganya apabila suatu hari nanti, mungkin 10 tahun akan datang apabila surau As-Syakirin digunakan oleh ratusan penduduk kita akan berkata

" Saya terlibat dalam proses pembinaannya. Saya telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM100 bagi mengisi dana pembinaanya. Bersyukur kepadaNya kerana saya tidak lokek untuk menderma. Moga-moga sumbangan saya dapat membersihkan harta saya. Mudahan-mudahan Tuhan memberi keberkatan kepada hidup saya sekeluarga... "

Mengapa kena tunggu RM100,000 baru nak bina

Untuk fasa pembinaan, fasa paling penting adalah kerja membina struktur. Kerja stuktur melibatkan kerja binaan konkrit tetulang. Meliputi kerja membina ground beam, tiang dan top beam. Kerja pembinaan struktur ini tidak boleh terbengkalai. Jika terbengkalai, ia sukar disambung semula selain asas bangunan menjadi tidak kukuh dan menghadapi risiko runtuh.

Fasa kedua pula adalah pembinaan rangka bumbung

Fasa ketiga memasang bumbung.

Fasa ke empat, pemasangan batu bata dinding dan tingkap

AJK menyasarkan pembinaan pada tahap fasa ketiga iaitu bumbung telah ada. Sebab itu jumlah RM100,000 perlu ditunggu . Jika surau terbengkalai akibat kekurangan dana selepas bumbung berjaya dinaikkan tidak mengapa, kerja-kerja menyiapkannya akan menjadi mudah.

Edar surat kali kedua untuk fasa 7B

Hari ini penulis blog telah edarkan surat memohon sumbangan kepada penduduk fasa 7B untuk kali kedua. Namun masih ada rumah yang tidak dapat dimasukkan surat ke dalam peti surat kerana tidak cukup. Penulis blog perlu fotostat lagi dan edarkan untuk kali ketiga pula.

Sebenarnya rumah di fasa 7B masih belum diduduki tetapi penulis blog mengandaikan pemilik rumahnya akan datang melihat rumah mereka dan akhirnya akan terbaca surat tersebut. Dijangka pemilik rumah fasa 7B akan mendapat kunci rumah pada Disember 2009 ini.

Saturday, October 10, 2009

Contoh binaan


AJK akan bina bangunan ini dulu. Ia akan digunakan sebagai surau sementara. Kapasiti pengguna kira-kira 20 orang sahaja.

Surau tetap akan dibina kemudian.

Apabila surau tetap siap dibina, surau sementara ini akan jadi setor peralatan atau bilik serbaguna.

AJK dan penduduk akan membinanya secara bergotong royong.

Sungguhpun demikian surau transit di atas akan dinilai keperluannya. Ia hanya dibina jika sehingga 1 Disember 2009, jumlah dana pembinaan masih berjumlah sekitar RM60,000 dan tidak mengizinkan AJK untuk melaksanakan prosedur memulakan pembinaan. Sasaran AJK untuk memulakan pembinaan adalah RM100,000

Cari sebutharga

Dalam tempoh terdekat ini bendahari akan pergi ke kedai hardware untuk melihat harga barang binaan bagi tujuan pembinaan surau sementara / surau transit

Buget binaan : Rm5000

Bahan binaan yang akan dibeli:

1. Tiang batu
2. Kayu beroti 4 X 3 inci
3. Kayu beroti 2 X 2 inci
4. Atap abestos / adex
5. Batu kerikil
6. Pasir
7. Simen
8. Besi jaring BRC utnuk konkrit lantai
9. jaring / dawai untuk ganti tingkap
10. Pintu plywood
11. Kereta sorong /wheel barrow
12. Cangkul
13. Skop
14. Sudip
15. Penukul
16. Paku

Harap-harap kos tidak melebihi RM5000.

Mohon penduduk yang ada kepakaran membina bangunan menghulurkan bantuan. kita hanya perlukan seorang atau 2 orang sahaja yang pakar. Selebihnya yang tidak ada kepakaran akan membantu.

Bina surau transit

Penulis blog ingin meminta kebenaran penderma untuk menggunakan sebanyak RM5000 bagi membina sebuah surau transit. Binaan ini akan digunakan oleh AJK untuk menunaikan solat berjemaah selain untuk berjumpa setiap hari bagi membincangkan isu-isu pembangunan surau As-Syakirin. Namun ini idea penulis blog sahaja bukan idea semua AJK. Ini  akan dibawa ke dalam mesyuarat AJK selepas tamat bulan aidilfitri ini.

Ini kerana oleh kerana tiada surau sementara, AJK tiada tempat untuk berjumpa untuk berbincang dan merancang tindakan seterusnya. Tindakan masa kini yang diberi keutamaan adalah mengumpul dana. Apabila dana mencukupi, kerja-kerja lain berikutnya menjadi mudah.

Hal ini perlu dilakukan kerana nampak gayanya sehingga tempoh kebenaran mengutip derma tamat pada 1 Disember 2009 ini, dana pembinaan surau As-Syakirin seperti tidak mencapai sasaran.

Sebaik sahaja tempoh 1 Disember 2009, bendahari akan mengaudit jumlah dana terkumpul dan akan menghantar laporan bertulis kepada Majlis Agama Islam Negeri Selangor.

AJK akan cuba memohon tempoh perlanjutan mengutip derma dari MAIS sekiranya dibenarkan. Untuk fasa kedua ini, AJK akan memulakan semula tindakan di surau sementara tersebut yang akan dibina secara bergotong-royong. Oleh kerana saiznya kecil, surau itu akan jadi seperti surau transit. Siapa yang ingin berjemaah dan bersolat di situ, ikut giliran..

Untuk fakta (kronologi pembinaan surau As-syakirin ):

1. Okt 2008 - pemilik rumah fasa 7A menerima kunci
2. November 2008 -aduan kerosakan rumah kepada pemaju untuk dibaiki
2. Jan - Feb 2009 -penduduk mula berpindah masuk.
3. Mac 2009- AJK penaja pembinaan surau As-Syakirin mula digerakkan.
4. April 2009- Pelbagai surat dan dokumen dihantar ke MPKj , MAIDHL, dan JAIS.
5. April 2009 -Akuan tapak surau dari MPKj dan kelulusan pembinaan dari JAIS diterima
6. Mei 2009 - Kebenaran memungut derma dari MAIS diterima
7. Mei 2009 Taklimat pembinaan kepada penduduk telah dibuat.
8. Mei 2009 - Sumbangan derma dari penduduk mula diterima
9. Jun-Sep 2009 - Sumbangan dari penduduk dan komuniti luar terus diterima
10. Okt 2009 - Sumbangan dari penderma mula perlahan
11. 1 Disember 2009 - Kebenaran mengutip derma tamat.

Fasa ke 2...AJK akan bina surau sementara kerana derma terkumpul gagal mencapai sasaran.
(Lihat pada entry baru -rupa bentuk surau sementara)

Mengapa tidak mohon pelepasan cukai?

Untuk memohon pelepasan cukai. Beberapa syarat ditetapkan LHDN perlu diikuti.Berikut adalah dapatan penulis blog setelah mengkaji syarat-syarat yang diberikan oleh LHDN sekiranya AJk ingin mendapatkan pelepasan cukai.

1. Kutipan derma perlu dihentikan sebaik sahaja jumlah yang disasarkan cukup.
2. Kutipan derma hanya untuk tujuan pembinaan sahaja.
3. Jika ada lebihan derma dari jumlah sasaran, AJK perlu memulangkan lebihan wang tersebut kepada pemegang amanah. Dalam konteks ini, AJK perlu serahkan lebihan wang kepada MAIS atau lembaga zakat bagi tujuan diagihkan kepada pihak lain yang ingin membangunkan surau pula.
4. AJK perlu menyediakan dokumentasi lengkap. Banyak fail perlu disediakan.
5. Segala resit rasmi perlu dicop nombor rujukan kelulusan dan ayat yang menyatakan segala derma telah mendapat pelepasan cukai dari LHDN.
6. AJK perlu mengupah syarikat audit berlesen bagi mengaudit keluar masuk wang dana. (Kos untuk mengupah syarikat audit ini biasanya agak tinggi.) Sebanyak 3 kali proses audit diperlukan.
7. Surat permohonan perlu dihantar kepada LHDN cawangan teknikal di Kuala Lumpur ( AJk tiada masa untuk pergi ke sana)

Tiada pelepasan cukai

Penulis blog mendapat maklumat dari seorang AJK memaklumkan ada penderma yang tidak mahu menderma kerana mereka tidak mendapat pelepasan cukai sekiranya memberi sumbangan.

Untuk makluman penderma, AJK tidak membuat prosedur memohon pelepasan cukai dari lembaga hasil dalam negeri.

Kepada penderma yang ingin mendapatkan pelepasan cukai, penulis blog mencadangkan supaya penderma terus sahaja membayar zakat dengan Lembaga zakat negeri Selangor atau mana-mana negeri yang lain. Apabila tuan/puan membayar zakat, tuan/puan akan mendapat resit dan resit tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan rebet cukai pendapatan.

Penulis blog ingin menegaskan, jika rebet pelepasan cukai pendapatan adalah suatu yang penting, pihak tuan/puan tidak perlu menderma kepada tabung pembinaan surau As-Syakirin.

Komen blog surau As-Syakirin dibuka

Hari ini penulis blog akan membuka ruangan komen supaya penduduk atau penderma dapat memberikan komen atau cadangan. Namun sekiranya penduduk memberi komen, mohonlah supaya memberi komen yang membina. Catatkan nama, alamat atau nombor telefon sekiranya sudi.

Komen atau cadangan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama atau budaya.

Betulkah wang sumbangan kami akan dipulangkan kembali?

Betul. Penulis blog selaku bendahari akan memulangkan kembali wang yang telah diserahkan oleh penderma untuk tujuan membiayai kos pembangunan surau As-Syakirin.

Mengapa perlu dipulangkan?

Jika pembinaan surau dibatalkan semua sumbangan tuan/puan akan dipulangkan kembali.

Mengapa pula?

Dengan wang terkumpul berjumlah RM60,000 sebuah surau tidak dapat dibangunkan. Surau as-Syakirin yang bakal dibina berharga sekitar RM200,000 ke RM300,000.

Risiko memulakan pembinaan surau dengan mempunyai dana berjumlah RM60,000 sahaja adalah pembinaan akan terbengkalai.

Ada kutipan dana telah dibelanjakan bagaimana pula?

Betul. Untuk tujuan pengurusan, bendahari telah membelanjakan sekitar RM700 untuk kos pengurusan pada peringkat awal. Bagi menjimatkan kos, bendahari telah berhenti dari menggunakan wang dana terkumpul tersebut. Semua kos yang diperlukan, bendahari telah mengeluarkan duit poket sendiri. Wang sebanyak RM700 yang dibelanjakan untuk kos pengurusan ini bendahari akan ganti semula sekiranya wang sumbangan penderma perlu dipulangkan kembali.

Penulis blog sebagai bendahari mempunyai prinsip AJK perlu berkorban masa,tenaga dan wang ringgit. Jika tidak sanggup berkorban adalah lebih baik penulis blog tidak memegang jawatan dan berikan sahaja pada orang lain yang sanggup. AJK apa namanya jika terlalu berkira.

Namun kepada penderma-penderma, mohon tuan/puan terus memberikan sumbangan sekiranya sudi.

Sumbangan tuan/puan akan dipulangkan.

Wang sumbangan tuan/puan akan dipulangkan kembali!

Terlalu kecil

petang tadi penulis blog bertanya seorang rakan penulis blog. Bolehkah wang sebanyak RM60000 menampung pembinaan sebuah surau. Berapa besar saiz surau yang boleh dibina. Penulis blog maklumkan untuk menampung jemaah berjumlah 20 orangpun jadilah..

Kata rakan penulis blog yang biasa membuat kerja pembinaan tidak boleh. Terlalu kecil. Katanya harga barang RM30000 tidak dapat bina saiz besar. Ini kerana upah juga lebih kurang begitu...

Penulis blog tanya lagi , bagaimana jika harga barang Rm40,000 dan upah Rm20,000 atau harga barang RM50,000 dan upah Rm10,000. Rakan penulis blog kata, tiada mana-mana kontarktor yang sanggup...

Mungkin AJK buat surau sementara dulu

Penulis blog sedang memikirkan untuk membina sebuah surau sementara. Mungkin AJk beli bahan binaan berharga sekitar RM5000 dan pembinaannya dibuat secara bergotong royong pada hari Sabtu dan Ahad. Surau sementara ini sekadar cukup untuk menampug jemaah seramai 20 orang terdiri dari AJK pembinaan Surau As-Syakirin.

Pembinaan surau sementara ini bagi memastikan semua AJk dapat berjumpa setiap malam bagi membincang kemajuan tindakan yang telah dibuat dan tindakan-tindakan seterusnya yang perlu di ambil.

Cuma penulis blog myuskil bolehkah bekalan elektrik dan air disambung.

spesifikasi bangunan sementara yang dicadangkan:
1. Saiz sekadar untuk memuatkan 20 jemaah
2. Tiang batu konkrit 'ready made'
3. Atap abaestos atau adec
4. Alang atau para bumbung kayu
5. Lantai simen
6. Dinding separuh batu.
7. Tingkap tiada. Pasang jaring besi sahaja
8. Satu pintu plywood

Jika kita tidak berminat hadir ke surau, menderma untuk pembinaannya cukuplah..

Jika kita tidak berminat untuk hadir ke surau, menderma untuk pembinaannya sudah memadai.

Sekurang-kurangnya kita telah melaburkan sedikit harta kita untuk menaikkan syiar Islam. Orang kata kita ada saham dalam proses pembinaannya.

Dengan derma yang kita berikan, jika kita tidak memanfaatkannya ada orang lain yang akan menggunakannya. Setiap kali orang lain menggunakannya, mudah-mudahan kita akan mendapat sedikit keberkatan hasil dari derma yang telah kita berikan sebelumnya.

Sumbangan derma agak perlahan

Dalam tempoh sebulan ini sumbangan dana pembinaan agak perlahan. Kepada AJk yang telah diberi kuasa oleh MAIS untuk mendapatkan sumbangan menambah dana pembinaana Surau As-Syakirin, mohon tuan bertindak lebih proaktif.

Sebarkan mesej ini melalui SMS dan email

Kepada sesiapa yang terbaca entry ini, tuan/puan boleh membantu AJK dalam mencari dana pembinaan surau as-syakirin dengan menyebarkan mesej di bawah sama ada secara SMS ke no handphone rakan atau email ke alamat email rakan-rakan atau sesiapa sahaja (muslim sahaja)

" Jika ingin menderma, sila kreditkan sumbangan tuan ke no akaun 0675110002233 nama akaun Surau As-Syakirin di EON bank. Sebarkan mesej ini kepada rakan anda melalui SMS atau email. Moga-moga tuan berolehan keberkatan atas usaha ini.Terima kasih"

Wednesday, October 7, 2009

Ada syarikat beri tawaran

Untuk makluman penduduk dan penderma, penulis blog telah diberitahu oleh salah seorang AJK bahawa sebuah syarikat dari Sepang membuat tawaran untuk membina surau As-Syakirin. Memandangkan dana surau As-Syakirin telah sedia terkumupul sebanyak RM60,000, syarikat ini akan membina surau sehingga siap dan akan membuat tuntutan bayaran apabila AJK mempunyai sumber dana. Ini setelah mengambilkira AJK akan memohon bantuan dana dari Lembaga Zakat Selangor.

Entahlah. Tak tahu penulis blog hendak membuat keputusan. Bagi penulis blog, penulis blog akan membina surau As-Syakirin berdasarkan sumber dana yang sedia terkumpul. Oleh kerana jumlah dana terkumpul berjumlah Rm60,000 logiknya bangunan yang dibina hendaklah berharga sebanyak itu juga. Bagaimana hendak membina bangunan berharga sekitar RM200,000 jika dana hanya ada RM60,000. Adakah AJK akan berhutang dengan syarikat nanti?

Baki bayaran hendak ambil dimana? memohon bantuan dengan lembaga zakat belum tentu dapat. Memohon sumbangan dari penduduk juga, tindakbalasnya perlahan.

Jadi penulis blog ingin membuat tawaran kepada syarikat-syarikat berminat. Bolehkah sebuah bangunan surau dibina dengan kos sebanyak RM60,000. AJK telah boleh membayar kerana jumlah dana tersebut telah ada. Barangkali pecahan kosnya adalah seperti berikut :

Harga bangunan : RM40,000
Upah pekerja : RM20,000 atau lebih kecil
Jumlah kos :RM 60,000

Bagi penulis blog, bentuk surau tidak penting.Bentuk kotak sekalipun tidak mengapa. Cantik tidak penting. Saiz juga tidak penting. Hatta membina surau untuk digunakan hanya seramai 50 orang sahaja sudah memadai.

Pelan tidak menjadi masalah. AJK boleh minta syarikat arkitek buat lain. Yang penting surau segera dibina dan siap dengan cepat selain kualiti binaannya terjamin.

Jadi jika ada syarikat berminat, sila hubungi penulis blog seberapa segera di talian 013-2937679 atau emailkan ke assyakirin.tps@gmail.com atau hubungi mana-mana AJK.

Adakah ini tindakan main-main. Jawapannya tidak. Kami sedia berbincang dengan mana-mana syarikat yang berminat.

Kepada penduduk , AJK tidak akan membesarkan binaan surau pada masa akan datang. Tambahan pembinaan biasanya akan mencacatkan rupabentuk bangunan. Jika surau tidak muat, kita akan hamparkan dengan tikar sahaja dan penduduk boleh bersolat di atasnya. Penulis blog terdengar juga beberapa sumber menyatakan, bersolat ditempat terbuka lebih afdal..entah la ya atau tidak....lebih-lebih lagi solat hajat.

Tuesday, October 6, 2009

Tempoh kebenaran kutipan derma akan tamat

Pada 1 Disember 2009 ini tempoh kebenaran kutipan derma yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor akan tamat. Sebaik sahaja tamat, penulis blog akan mengaudit semua jumlah kutipan yang berjaya dikumpulkan dan seterusnya membuat laporan bertulis untuk diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Selangor dengan salinannya akan dihantar kepada jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

Kepada penderma-penderma budiman, sekiranya tuan/puan sudi menyumbang bolehlah mengkreditkan sumbangan tuan/puan ke akaun berikut :

No akaun : 0675-11-000223-3
Nama Akan : SURAU AS-SYAKIRIN
Bank : EON BANK / EONCAP ISLAMIC BANK

Di atas sumbangan yang pihak tuan/puan berikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Penulis blog sudah berusaha

Bagi mengumpul dana pembinaan surau As-Syakirin, penulis blog telah berusaha. Antara kaedah yang penulis blog usahakan iaitu:

1. Mengepos surat memohon sumbangan kepada hampir 500 alamat sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.
2. Mengepos surat kepada masjid-masjid terpilih di negeri Selangor dan Kuala Lumpur memohon diadakan satu kali kutipan derma pada hari Jumaat. 50 surat telah diedarkan.
3. Mengedar surat memohon sumbangan kepada penduduk. Hampir 500 surat telah diedarkan.
4. Mengedar surat memohon bantuan penduduk supaya dapat membantu mencari dana pembinaan surau dari rakan ditempat kerja serta saudara mara. 100 surat telah diedarkan.
5. Mengepos surat memohon sumbangan dari syarikat-syarikat korporat - 50 surat telah diedarkan.
6. Mengedarkan surat kepada orang awam ( meletakkan surat dicermin kereta) cara ini barangkali tidak dibenarkan tetapi penulis blog bukannya meminta wang, cuma sekadar meninggalkan surat memohon sumbangan sahaja. Terpulang kepada penerima surat tersebut sama ada ingin mengambil tindakan atau tidak. Tempat menjadi sasaran penulis blog adalah jemaah di masjid UKM dan di masjid jamek Bandar Baru Bangi. 400 surat telah penulis blog edarkan di sana.
7. Penulis blog juga mengambil kesempatan meletakkan surat pada kereta pelanggan yang membeli belah di kompleks PKNS Bangi ketika membeli keperluan hari raya Aidilfitri baru-baru ini. 200 surat telah diedarkan.
8. Penulis blog juga sanggup menunggang motosikal ke restoran jejantas Sungai Buluh untuk mengedarkan surat memohon sumbangan kepada pengguna surau restoran jejantan tersebut. Penulis blog memohon maaf kerana tidak meminta kebenaran dari pihak pengurusan PLUS. Penulis blog mengambil kesempatan meletakkan hampir 200 surat memohon derma di surau restoran jejantas memandangkan ramai pengguna di situ (singgah dalam perjalanan balik ke KL selepas berhari raya di kampung)
9. Menulis di blog ini juga adalah satu usaha dan kelihatannya ada penderma yang sudi menderma selepas terjumpa dan membaca blog yang dibina oleh penulis blog.
10. Beberapa hari lepas penulis blog telah masukkan surat memohon sumbangan dari penduduk fasa 7B. Rumah belum siap dan belum diduduki tetapi penulis blog telah edarkan surat. Penulis blog berharap pekerja-pekerja atau kontraktor yang membersih rumah tersebut tidak membuang surat tersebut. Mereka buang, penulis blog akan fotostat lagi sebanyak 200 helai menggunakan duit poket sendiri dan edarkan lagi. Penulis blog tidak akan putus asa mengedarkan surat walaupun tiada sumbangan dibuat.
11. Berjumpa dengan YB ADUN Semenyih juga sudah. Tetapi tiada khabar berita sehingga hari ini.
12. Mengirimkan URL alamat blog kepada group email yang penulis blog tahu.

Sekurang-kurangnya penulis blog tidak duduk diam dan telah berusaha sedaya upaya.Terpulang kepada penerima surat tersebut membuat pilihan sama ada mahu menderma atau tidak..

Sunday, October 4, 2009

Anak-anak adalah aset kita

Bila surau dah ada nanti, bolehlah anak-anak kita ditarbiah supaya pergi ke surau.

Lazimnya remaja-remaja kaki surau jarang terlibat dengan masalah sosial. Melepak, merempit. mengacau anak dara orang, menghisap ganja, tidak menghormati orang yang lebih tua, membuang masa adalah sinonim dengan gejala sosial yang melanda remaja pada hari ini.

Penulis blog sejak zaman persekolahan menjadikan institusi surau dan masjid adalah tempat yang wajib dikunjungi secara rutin setiap hari. Rutin ini telah dapat menyelamatkan penulis blog daripada melakukan sebarang salahlaku dalam meniti kehidupan sehari-hari.

Surat bantuan penduduk

Pada hari Sabtu satu hari sebelum Aidilfitri, penulis blog telah mengedar surat memohon bantuan penduduk untuk mencari dana mengisi tabung pembinaan Surau As-Syakirin. Kepada penduduk yang telah mengambil tindakan, sekiranya ada kutipan dibuat, mohon pihak tuan menghantar borang list dan kutipan tersebut ke rumah bendahari. Sila telefon 013-2937679 untuk temujanji. Tuan-tuan boleh juga menghantar ke rumah pengerusi di alamat no 40 Jln TPS 4/5 TPS.

Berapa kos ?

Penulis blog sedang berkira-kira untuk mengira jumlah kos pembinaan surau dengan saiz sekecil 40 X 40 kaki persegi.

1. Bentuk binaan mudah- macam dewan sahaja.
2. Tiada beranda. Terus saja dewan solat.
3. Atap adek /abestos. Mudah dipasang.
4. Lantai semua simen.
5. Tiada bilik air. Buat kemudian.
6. Tidak perlu dicat.
7. Tidak perlu bilik PA system dan bilik pejabat atau stor serbaguna
8. Tingkap batu angin semua atau tingkap ram kaca boleh laras
9. Frame pintu alminium dan Pintu plywood

huhh.. hodoh betul suraunya kalau begini...

Sudah terima 2 sebutharga

Sehingga kini AJK telah menerima 2 sebutharga dari 2 kontrakraktor
Satu yang murah dan satu yang mahal. AJK tidak tertakluk kepada memilih kontraktor yang memberikan sbutharga lebih murah.

Keputusan memilih kontraktor akan dilakukan dalam mesyuarat AJK. Buat masa ini pemilihan masih belum dibuat kerana dana terkumpul masih belum cukup.

Untuk makluman penduduk, pelan surau As-Syakirin yang dibuat banyak menggunakan struktur konkrit tetulang pada peringkat awal pembinaan kerana bentuk bumbungnya dua lapis.

Penulis blog telah melihat sebutharga yang dikemukakan oleh 2 kontraktor tersebut:

1. Kontraktor pertama memerlukan lebihkurang RM70,000 sehingga semua struktur bangunan siap. ( Tiada rangka bumbung dan bumbung serta tiada dinding-setakat struktur tiang dan rangka bangunan sahaja. Kontraktor pertama memerlukan banyak kos peringkat awal dan kos sedikit peringkat akhir)

2. Kontraktor kedua memerlukan RM54,000 dan pembinaan ditawarkan sehingga peringkat menaikkan bumbung ( Rangka bumbung dan bumbung siap.Tiada dinding) Namun sebutharga yang diberikan oleh kontarktor kedua lebih mahal dari kontraktor pertama. Kontraktor kedua menawarkan tuntutan rendah peringkat awal pembinaan tetapi tinggi pada peringkat kedua.

Fasa pembinaan:
Peringkat pertama - pembinaan struktur dan rangka bangunan (paling banyak kerja)
Peringkat kedua - rangka bumbung dan bumbung
Peringkat ketiga - dinding batu bata simen
Peringkat keempat - wiring elektrik
Peringkat kelima - plaster dinding
Peringkat keenam - kerja-kerja kemasan cat

Untuk makluman penduduk selapas hari raya ini, AJK akan mula memilih kontraktor pembangunan projek.

AJK akan memulakan pembinaan mengikut jumlah dana semasa yang terkumpul. Risiko projek terbengkalai adalah tinggi kerana jumlah dana terkumpul tidak mencapai sasaran.

Bagi mengelakkan bangunan surau terbengkalai, penduduk yang masih belum memberikan komitmen sumbangan dimohon segera membuat sumbangan.

Bantuan YB Tuan Johan b Aziz ADUN Semenyih

Setakat ini tiada apa-apa berita dari YB.

RM60,000. Cukupkah untuk membina Surau As-Syakirin

Seorang rakan penulis blog yang bekerja sebagai kontraktor memberitahu.Kontraktor biasanya akan meletakkan harga mengikut kaki persegi.

Katakan 1 kaki persegi berharga RM40
Jika 40 X 40 kaki persegi=1600 kaki persegi X RM40 sekaki persegi berharga RM64,000.

Dengan dana terkumpul berjumlah RM60,000 penulis blog mendapati surau As-Syakirin telah boleh dibina.

Tetapi rasanya satu kaki persegi bukan berharga RM40. Mungkin lebih dari itu...

Katakan 1 kaki persegi berharga RM80
RM80 X 1600 kaki persegi berharga RM128,000.

RM128,000 - RM60,000 = Tak cukup RM68,000 lagi

Nota :
1. Saiz surau peringkat awal - 40 kaki lebar X 70 kaki panjang
2.Tukar ke saiz 50 X 50 kaki persegi. Pelan rekabentuk telah dibuat.
3. Kemungkinan akan di tukar ke saiz 40 X 40 kaki persegi memandangkan jumlah derma terkumpul setakat ini cuma berjumlah RM60,000.Jika dipersetujui AJK, pelan baru akan dibuat.

Berapa ramai penduduk telah menderma?

Penulis blog telah meneliti jumlah penduduk yang telah memberi sumbangan. Setelah dikira, didapati penduduk yang telah menderma berjumlah 116 orang. Ini tidak termasuk jumlah penderma dari luar komuniti. 116 orang penderma ini bolehlah dikira sebagai penduduk yang akan menunaikan solat jemaah di surau As-Syakirin nanti.

Penulis blog akan mengkaji bagi menampung jemaah seramai 116 orang berapa besarkah ruang solat yang diperlukan bagi menampung jumlah tersebut.

Ini kerana jumlah derma terkumpul setakat ini berjumlah RM60,000. Penulis blog akan bertanya kepada rakan-rakan penulis blog yang terdiri dari kontraktor, bolehkah dengan kos RM60,000 surau dibina dan dapat menampung jumlah jemaah seramai 116 orang.

1 orang akan mengambil ruang solat 8 kaki persegi. 8 kaki persegi ini saiz untuk sehelai sejadah. Jika seramai 116 orang akan mengambil saiz 928 kaki (116 helai sejadah).

Jika surau dibuat berkeluasan 40 X 40 kaki persegi bersamaan 1600 kaki . Jumlah jemaah yang boleh ditampung adalah sekitar 200 orang. (termasuk kawasan beranda)

Dewan solat bersaiz 24 X 24 kaki persegi bersamaan dengan 576 kaki akan menampung 72 jemaah sahaja.
.
Mengambil kira tidak akan ramai jemaah wanita akan turut hadir dalam solat lima waktu, saiz 40 X 40 adalah relevan.

Namun saiz ini tidak mengambil kira bulan Ramadhan yang mana lazimnya penduduk akan berbondong-bondong hadir ke surau untuk bersolat tarawikh atau ketika solat sunat Aidiladha yang bakal dilaksanakan di Surau As-Syakirin apabila beroperasi nanti. Juga saiz ini tidak mengambil kira jumlah penduduk yang tidak memberikan komitmen sumbangan.

Bendahari sudah 3X terlibat dengan pembinaan surau

Untuk makluman penduduk, penulis blog selaku Bendahari JK pembinaan surau as-Syakirin telah mempunyai pengalaman membangunkan surau sebelum ini. Pertama, penulis blog terlibat dengan pembangunan pembinaan surau As-Syumul Bandar Rinching.

Kali kedua apabila Surau Al Makmur seksyen 4 ingin dibangunkan, selaku penduduk fasa 2 Bandar Rinching dan kedudukan surau itu lebih dekat dengan rumah , penulis blog telah memberikan buah fikiran dan memberikan contoh kertas kerja pembangunan surau As-Syumul kepada JK penaja Surau Al Makmur.

Penulis blog memberi sokongan yang kuat supaya pembangunan surau Al Makmur menjadi kenyataan.

Kemudian berikutnya terdapat usaha untuk membangunkan masjid di Bandar Rinching. Penulis blog tidak terlibat dengan AJK penaja pembangunan masjid itu. Sehingga kini tidak diketahui apa yang berlaku hingga masjid tersebut gagal dibangunkan.

Bagi kali ketiga ini, penulis blog amat berharap supaya pembangunan surau As Syakirin menjadi kenyataan. Bagi penulis blog, bukannya solat berjemaah itu yang penting sangat. Apa yang penting adalah penduduk-penduduk fasa 6 dan 7 mempunyai tempat untuk berkumpul dan berkenal-kenalan sesama sendiri. Berkenal-kenalan antara satu sama lain boleh mengeratkan silaturrahim. Selain itu komuniti fasa 6 dan 7 boleh juga diibaratkan sebagai jiran tetangga penulis blog.

Dalam mana-mana masyarakat sekalipun, peranan jiran amat besar. Jiran adalah tempat kita memohon pertolongan sekiranya kita ditimpa sesuatu kesusahan. Namun jiran apa namanya jika kita tidak mengenali antara satu sama lain.

Satu fakta, sejak penulis blog mula berpindah ke fasa 7 TPS ini pada November 2008, masih ramai penduduk-penduduk di fasa 6 dan 7 yang penulis blog tidak kenali. Yang penulis blog kenal, penulis blog boleh bilang dengan jari sahaja.

Kini penulis blog sendiri mengamalkan solat berjemaah di rumah bersama-sama dengan ahli keluarga penulis blog. Bagi penulis blog, tiada surau pun tidak mengapa.

Namun penulis blog sedia maklum bahawa bersolat di surau adalah lebih afdal dari di rumah. Surau bukan sahaja menjadi tempat untuk melaksanakan tuntutan solat berjemaah, tetapi ia adalah tempat yang strategik kepada komuniti Islam untuk bertemu, berbincang dan melaksanakan program-program kemasyarakatan.

Jadi kepada semua penduduk fasa 6 dan 7 TPS, sokonglah hasrat AJK untuk membangunkan surau As-Syakirin dengan menyalurkan sumbangan menambah dana pembinaannya seberapa segera. Lagi cepat dana terkumpul, lagi cepat pembinaan bakal dimulakan..

Memandangkan bendahari sudah mempunyai pengalaman membantu membangunkan surau sebelum ini jadi kerja-kerja untuk membangunkan surau ini akan mudah di urus. Tinggal lagi kita hanya perlu dana sahaja untuk membiaya kos pembinaannya.

Saturday, October 3, 2009

Edaran surat untuk penduduk fasa 7B

Petang tadi bendahari telah mengedar surat memohon sumbangan dari penduduk fasa 7B.
Surat telah dimasukkan ke dalam peti surat rumah penduduk jalan TPS 4/4 dan TPS 4/3. Jalan TPS 4/2 dan TPS 4/1 belum lagi kerana surat tidak cukup. Bendahari cuma fotostat 150 helai sahaja. Harap-harap janganlah kontraktor projek buang pula surat tersebut.

Penduduk fasa 7B belum dapat kunci lagi. Bendahari mengandaikan penduduk akan datang melihat-lihat rumah. Penduduk boleh lihat rumah selagi pintu rumah belum dikunci oleh pemaju. Diharapkan penduduk yang melihat-lihat rumah ini mendapat info tentang pembinaan surau As-Syakirin.

Nanti bila rumah sudah dibersihkan, ia akan dikunci oleh pemaju dan pembeli tidak boleh masuk lagi ke dalam rumah mereka. Hanya boleh masuk ke rumah contoh sahaja oleh pengawal keselamatan bertugas.

Bagi pemilik rumah non muslim, sila tuan/puan abaikan surat tersebut.

terima kasih atas sumbangan pihak tuan


Friday, October 2, 2009

Cek Versi Lama

Sehingga kini Bendahari telah menerima 3 keping cek yang tidak sah laku.

Cek pertama bernilai Rm200
Cek kedua bernilai Rm2000
Cek ketiga bernilai RM200

Bendahari telah bank in guna mesin deposit cek tetapi ditendang balik keluar. Bendahari cuba bank in guna kaunter juga ditolak.Apabila bendahari mendapatkan penjelasan petugas bank, bendahari diberi tahu cek tersebut versi lama. Cek versi baru ada nombor 2 digit di awalnya diikuti dengan digit no cek

" 12 '' '' no cek''' ...

Kepada penderma mohon tuan/puan gunakan cek versi baru jika masih sudi menderma.

Cek yang tidak laku akan discan untuk makluman penderma..

>>>>sekarang tak sempat nak scan lagi..