Tak sempat-sempat lagi penulis blog untuk mengambil gambar surau As-Syakirin yang sudah siap 100% untuk tatapan semua pelayar blog ini.
Gambar surau yang siap 100% perlu diupload untuk dilihat sendiri oleh penderma-penderma daripada luar komuniti fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih.
Penulis blog percaya semua penderma sudah pasti ingin tahu sejauhmana wang sumbangan mereka dimanfaatkan untuk pembinaan surau ini.
Alhamdulillah, niat semua penderma yang ingin menanam saham bagi membangunkan sebuah surau sudah terlaksana. Kini sudah 4 hari surau ini digunakan dan syukur ramai jemaah yang menggunakannya. Hampir penuh setiap malam. Jika begini tidak lah AJK dapat menjangka apa yang berlaku pada Ramadhan nanti. Pasti jemaah melimpah ruah.
Secara tidak rasmi penulis blog sudah mendengar ura-ura ada penderma yang ingin menaja menurap simen di sayap kiri dan kanan surau sebagai persediaan jika berlaku limpahan jemaah.
Atau payah-payah jika tidak muat, penduduk yang lambat datang bolehlah pergi ke surau An-Nur sahaja yang kedudukannya 1 KM daripada surau As-Syakirin. Tapi rasa-rasanya pada Ramadhan nanti jemaah surau An Nur juga akan melimpah ruah ramainya.
No comments:
Post a Comment