Saturday, July 3, 2010

Tarikh 10 Julai semakin hampir

Kontraktor hanya mempunyai 6 hari sahaja lagi untuk menyiapkan plaster syiling. Penting plaster syiling dapat disiapkan kerana pada 10 hb Julai ini satu gotong royong membersihkan surau akan dibuat. Seperti penulis blog maklumkan sebelum ini siap atau tidak surau ini, ia akan tetap digunakan.

Namun jika plaster syiling belum dipasang, terdapat sedikit gangguan kerana plaster syiling tidak boleh dipasang dalam keadaan surau sudah digunakan kerana lantai akan kotor terkena simen kapur dan sebagainya selain banyak peralatan pembinaan yang bersepah-sepah.

Untuk kerja-kerja lain seperti mengecat, membuat kakilima dan longkang, memasang pintu dan tingkap, ia tidak menghalang jemaah surau daripada menggunakannya.

Memandangkan pada malam pertama surau digunakan AJK akan mengadakan sedikit jamuan ringan, semua penduduk dan penderma termasuk penderma-penderma daripada luar komuniti fasa 6 dan 7 TPS dijemput hadir sama.

Sungguhpun demikian AJK hanya dapat menyediakan jamuan untuk ahli jemaah seramai 200 orang sahaja. Jika kehadiran ramai dan makanan tidak cukup AJK memohon maaf kerana makanan yang disediakan adalah ditaja. Duit surau sedia ada tidak boleh digunakan kerana banyak perkara lain masih belum selesai. Jika kehadiran kurang pula makanan yang lebih boleh dibawa balik .

Harap-harap sebelum 10 Julai ini plaster syiling siap. Jika tidak siap pasti perancangan AJK tidak menjadi..

No comments:

Post a Comment