Sehingga hari ini meter elektrik masih belum dipasang lagi.
Tengahari tadi En Bilal memaklumkan penulis blog En Azhar iaitu kontraktor pemasangan bekalan air akan datang ke tapak surau pada hari Isnin nanti untuk menyambung bekalan air. Harap-harap perkara ini betul. Ini kerana pada 10 hb nanti jika tiada air susahlah penduduk yang datang bergotong royong untuk membasuh lantai surau.
Kos penyambungan bekalan air ini berjumlah RM1100. Tak tahulah pula jika ada kos meter air pula. Kepada penaja pemasangan meter AJK mengucapkan berbanyak terima kasih.
Berikutan beberapa penaja sudah membantu AJK surau ini, penulis blog amat terharu atas sumbangan yang mereka berikan.
No comments:
Post a Comment