Sunday, July 11, 2010

Qiyamullail berjalan lancar

Alhamdulillah, program Qiyamullail yang dirancang AJK berjalan lancar. Penulis blog tidak perasan berapa orang yang hadir. Rasa-rasa dalam lingkungan 30 ke 40 orang. Tidaklah seramai semalam semasa pembukaan surau.

Semasa hendak pergi ke surau jam 4:00 pagi tadi, di TV sedang berlansung perlawanan piala Dunia German melawan Paraguay. Rasa teringin juga untuk menonton. Akhirnya dapat juga penulis blog melawan perasaan teruja tersebut.

Berikutan Surau As-Assyakirin sudah mula digunakan, penduduk dimohon supaya memanfaatkan sepenuhnya surau ini. Cubalah untuk hadir kelima-lima waktu solat jika boleh. Jika tidak dapat usahakan sebahagian daripadanya. Contohnya jika tidak dapat hadir pada Zohor dan Asar serta Subuh, pastikan ada pada Maghrib dan Isyak. Jika tidak dapat hari-hari, dua tiga kali seminggu sudah memadai. Mari kita pastikan setiap waktu solat, surau ini sentiasa ada jemaah menggunakannya.

Ini kerana penulis blog sedia maklum, kita ini terlalu banyak kekangan masa. Kita diikat untuk pergi bekerja. Ada masa luang pula banyak pula perkara lain yang perlu diurus. Hendak pergi membeli belah. Mengurus urusan keluarga. Mengunjungi sanak-saudara. Pergi ke pelbagai majlis dan macam-macam urusan yang lain. Pendekkata pelbagai urusan yang boleh mengganggu kita untuk setia hadir ke surau ini.

No comments:

Post a Comment