Sunday, July 25, 2010

Kontraktor membina tandas sudah dipilih

Kontraktor yang membina tandas surau ini sudah dipilih dalam mesyuarat AJK malam semalam. Untuk tandas kos dipersetujui iaitu RM11,000 dan pembinaan simen render dengan asas BRC bersaiz 25 X 45 kaki persegi dengan ketebalan 5 inci di sayap kiri dan kanan surau dengan harga RM5,500. Jadi jumlah kesemua kos membina kedua-dua kemudahan ini adalah RM16,500.

Setakat ini dana semasa surau hanya boleh menampung kos pembinaan tandas iaitu RM14.000. Ini bermaksud kita masih kekurangan sebanyak RM2500 lagi untuk membayar keseluruhan kos pembinaan.

Sehubungan itu penduduk dan penderma yang prihatin dialu-alukan sekiranya ingin membantu dan menghulurkan sumbangan.

Besok, Isnin kontraktor akan memulakan kerja. Kontraktor diberi tempoh masa 2 minggu untuk menyiapkan projek atau dengan lain perkataan sebelum Ramadhan kerja pembinaan mesti siap 100%.

Pemantauan projek akan dilakukan oleh Tn Hj Razak, En Bilal dan En Mohd Nor.

No comments:

Post a Comment